Thursday, April 15, 2021

Gara-gara sikap majikan semalam Yusuf Azmi telah membuat kenyataan padanya, ingat u sapa, banyak besar di klang???

 



Kenyataan Yusuf Azmi 

Negara ni ada Undang Undang..

U Duduk Malaysia..


U bukan duduk negara luar..

U tak boleh ikut Undang Undang,

U angkat kaki keluar..


U tanya sama kita siapa bagi kita makan????

Allah bagi kita makan!!!!!


Bukan u kasi kita makan!!!!!!!


U pukul ini dua lelaki melayu islam ni kenapa bangkai?????


Dia mahu puasa apa sebab u larang????

U pukul dia kenapa???????


Ini Agama kita..

Ini Pegangan kita..


U banyak besar boleh angkat pistol mahu tembak orang?????


Nanti saya sampai depan muka u saya mahu tengok u angkat itu pistol tembak atas kepala saya!!!!

Orang kerja sama u bagi hormat sikit!!!!

Dia kerja sama u bukan minta u bagi dia makan!!!!!!


Kita ada Allah bagi kita makan!!!

U tak tahu hormat agama islam!!


U banyak besar dekat KLANG????


U lagi berani jual Nama IGP??

U betul betul kenal ke????


Nanti kita jumpa u nak tengok u punya besar..


U tanya Kita mahu ikut Allah Atau ikut u????


Sekarang kita semua orang islam semua Allah bagi makan..


Sekarang kita semua orang islam Taat Pada Allah !!!!!!!!!


Nanti saya sampai depan muka u..


U tanya saya macam mana u tanya dua lelaki melayu islam !!!!


U tunggu saya cakap apa!!!


saya bentang karpet untuk u nanti..


U mahu Putih?Merah?Hitam??


Kita jumpa di Kubur !!!


Jangan cabar seluruh umat islam!!!!!!


‎لا إله إلا الله محمد رسول الله


‎الله أكبر الله أكبر الله أكبر


Yusuf Azmi

Hamba Allah Al Faqir


Artikel sebelum: (TERKINI) - Ahli perniagaan dah dicekup, ini sebab mengapa dia memukul pengawal peribadinya

(TERKINI) - Ahli perniagaan dah dicekup, ini sebab mengapa dia memukul pengawal peribadinya


Tular semalam dua orang pengawal peribadi beragama Islam dipukul dan dicederakan majikan.

Hasil siasatan mendapati majikan itu berbangsa cina yang tidak puas hati dengan kawannya.

Akibat daripada itu, beliau yang sedang berjalan bersama pengawal peribadinya terus menengking mengatakan: 

"Jangan puasa, siapa yang bayar gaji u, saya ka u punya Allah? U mahu ikut Allah atau saya?"

Menurut sumber Malaysia Gazette, lelaki bernama Chung tu juga siap mengacu pistol dan melakukan ugutan bunuh kepada kedua-dua mangsa.

Kini mangsa dalam keadaan stabil, kemungkinan emosi agak terganggu sedikit.

Kes disiasat di bawah seskyen Kanun Keseksaan.



Pada 13/04/2021 jam lebih kurang 10 malam, semasa saya berada di alamat One Kl Condominium Complex Kuala Lumpur 6, Jalan Pinang Kuala Lumpur City Centre 50088  Kuala Lumpur Wilayah Persekutuan, semasa saya dan kawan saya bernama Ahmad Shamsuri Bin Zailani No KP 940427065357 duduk dalam condominium milik rakan bos saya, bos saya bernama Mr Chung Cheeyang, dia bertanyakan kepada kawan saya dan saya "u orang puasa ke?" Dan saya menjawab "Ye kami puasa" dan selepas itu beliau menampar serta mengetuk kepala saya dan kawan saya menggunakan telefon bimbitnya di depan staff di dalam condominium, beliau menyatakan saya sudah cakap jangan puasa siapa yang bayar gaji u? Saya ke atau u punya Allah, u tahu ke siapa saya, itu Allah tak boleh jaga saya, saya berhenti u orang nanti, u orang minta u punya Allah bayar gaji u lah, semasa hendak turun dari lif, saya telah ditampar dan ditarik rambut, manakala rakan saya telah ditampar, dan menyatakan u orang mahu conplain saya ke? Itu IGP (Ketua Polis Negara) saya pegang, kemudian saya pergi ke basement untuk mengambil kereta eskot dan pergi ke lobi, setiba di lobi, sekali lagi Mr Chungcheeyang   memanggil saya dan mengatakan  "U mahu ikut Allah, atau mahu ikut saya", kemudian beliau telah menampar dan menumbuk saya". 

Apabila sampai di rumah majikan saya di Alamat No 2A Lorong 9L Jalan Bt Nilam 9 Bandar Bukit Tinggi 41200 Klang Selangor, semasa berada di lokasi seramai 2 bodyguard yang lain beserta staff anggaran lebih kurang 11 orang yang lain tunggu dihadapan rumah beliau. Beliau menyuruh seorang staff bernama Mr Choo pergi ambik satu kayu rotan dan menyuruh pukul di belakang saya dan kawan saya secara bergilir-gilir. Mr Chung Cheeyang turut menampar, memukul saya, tendang dan tumbuk dan mengulangi kata "U mahu ikut Allah atau mahu ikut saya, tengok dia boleh kasi u gaji ke", kemudian beliau terus memukul saya dan beliau juga mengugut saya "U ha saya panggil orang setting (ganggu atau memukul saya dan keluarga) sama u" saya mengatakan sori bos sakit kemudian Mr Chung Cheeyang datang ke arah saya dan mengatakan mari pistol dan beliau terus merampas pistol yang diletakkan di bahagian pinggang saya. 

Selepas itu, Mr Chung Cheeyang memegang sepucuk pistol yang beliau rampas dari saya sambil mencekah dan diacukan ke arah saya sambil mengtakan "saya boleh tembak sama u tengok Allah boleh tolong ke" akibat dipukul saya dan rakan mengalami kecederaan pada bahagian belakang badan, kepala dan lengan. Akibat dari kejadian tersebut, saya mengalami trauma, fobia, dan ketakutan terhadap keselamatan diri saya dan keluarga, saya datang ke balai buat laporan polis kerana tidak berpuas hati dengan tindakan yang dilakukan oleh Mr Chung serta tindakan selanjutnya oleh pihak polis dan untuk keselamatan diri serta keluarga saya serta rakan saya di kemudian hari.





Wednesday, April 14, 2021

Lelaki ini pinang isterinya dengan mata wang digital Bitcoin bernilai hampir RM500 ribu

 

Dalam adat melayu kini, pinang dengan hantaran berbalas hantaran perkara biasa termasuklah pemberian cincin, rantai emas.

Namun apa yang terjadi di Daerah Makassar Indonesia, lelaki yang berasal dari Riau iaitu Raja Muhammad Hasbi 47 telah meminang isterinya Bau Tenri Abeng 31, dengan 2 keping bitcoin bernilai hampir RM500 ribu.

Seorang pengguna facebook bernama Mismaya Alkhaerat berkongsi apa yang unik berlaku pada majlis perkahwinan ini adalah suaminya membawa wang hantaran dua keping bitcoin bernilai 1.6 Billion Rupiah bersamaan RM500 ribu.

1 keping bitcoin nilainya lebih kurang RM250 ribu, selain mata wang digital ini, wanita tersebut diberi sepasang barang kemas seperti tiga keping emas gold bar dan kelengkapan solat.

Cinta mereka berputik setelah bersama-sama dalam urusan mata wang digital sewaktu di Jakarta, kata Mismaya.

Majlis itu dihadiri keluarga dan saudara terdekat memandangkan prosedure majlis wajib dalam skala kecil.

Sumber: Kompas

(Foto) Gara-gara wajah seperti Pelakon Korea Lee Min Hoo, nasi kuning ibunya habis setiap hari

 


Lee Min Hoo

Indonesia bahagian Samarinda

Gara-gara muka penjual nasi kuning di Samarinda Kalimantan ini mirip seperti pelakon Korea iaitu Lee Min Hoo, kedai nasi kuning itu menjadi viral dan cepat habis.

Doddy Angga Andrianto

Kebiasaan buka pada waktu pagi hanya dua jam saja habis, katanya.

Bila ditemubual katanya, penjual ini anak kepada ibunya iaitu tokei nasi kuning tersebut, ini sudah semestinya beri sedikit kelebihan dan keuntungan pada maknya.

Lelaki berkenaan bernama Doddy Angga Andrianto 27, merupakan graduan di sebuah Universiti Mulawarman dan nekad membantu ibunya menjual nasi kuning itu.

Oleh kerana wajah Doddy mirip seperti Pelakon Korea, ramai pengunjung berselfie bersama Doddy, sekurang2nya adalah gambar selfie seakan2 real bersama pelakon Korea sedangkan hanyalah orang Indonesia.

Selain Lee Min Hoo, ramai pengunjung mengatakan wajahnya juga seperti artis Korea Siwon, artis China Andy Lau, dan artis Indonesia Boy William.

Ramai yang bertanya tak nak jadi artis ke, tapi Doddy tidak minat melainkan hanya akan bekerja mengikut bidang apa yang dibelajarnya.

Cuma dengan keadaan skrg yg susah dapat pekerjaan, Doddy mahu membantu ibu dan ayahnya di kedai.

Selain itu, Doddy juga seorang jurulatih kecergasan, setakat ni dia cuba untuk memasuki bina badan memandangkan kerja pun susah dapat.

"Buat masa ni saya banyak habiskan masa di kedai ibu saya, sekurang2 saya bangga perniagaan ibu saya laris", katanya.

Doddy Angga Andrianto


Sunday, April 11, 2021

Jual patung mainan semata-mata nak beli beras

 

Kejadian ini berlaku di negeri Sabah. Seorang pemuda bernama Hanif berkongsi detik hiba apabila terserempak dengan seorang kanak-kanak yang hendak pulang ke rumah. 

Hanif menceritakan kejadian tersebut. Selepas beliau pulang dari pasar, seorang budak perempuan telah menegurnya 

"Bang kau pairet (kereta sapu)ka??" 

: bukan dik 

"Di mana pairet( kereta sapu)??" 

: ada tu di depan (budak tu diam seketika)

Aku tanya la kenapa dik

"mahal bha pairet bang" dalam hati ku mesti budak ni tiada duit😆

Aku tanya la ada duit mu ka?? 

" tiada bang tiada org beli patung ku 😢,ini pun aq jual patung mahu beli beras 😭 ,

Sentap hati ku dik kau buat.

Kebetulan aku mahu balik rumah, aku tanya budak ni tinggal mana ??

"Kg.epil bang"

Aku pelawa la budak ni jom biar abang hantar kau balik rumah .Budak ni msuk dalam kereta dan aku cakap kau jaga kereta kita ni sekejap, nanti di curi 🤣🤣

Aku tinggal kan budak ni dalam kereta belikan dia air minuman. Haus betul budak ni 😂😂

Dalam perjalanan budak ni cakap dengan aku kalau dia ada duit dia mahu beli beras 1kg dan telur biji yg 50sen tu😭😭😭😭😭 

Sampai ke destinasi aku hulur la yg tidak seberapa dan aku ckp dgn budak ni nanti kau beli apa yg kau mahu tu ya💕 

Dari kg.epil pergi bandar jalan kaki semata-mata jual patung rm1 untuk beli beras .ya allah dik 

Dapat ku bayangkan peritnya hidupmu😭😭

Kalau ada yg terserempak tu, biar tidak beli apa yg dorang jual , just hulur la seberapa ikhlas hati ya.Dorang jual bersebab . .untuk meneruskan kelangsungan hidup.

Moga cerita yang dikongsikan ini menjadi iktibar kepada kita semua. Moga ramai rakyat Malaysia dapat mencontohi saudara Hanif yang membantu  golongan yang sangat memerlukan terutama pada musim pandemik ini. 

Sumber: Hanif Joroi

Sunday, March 21, 2021

Tokei kedai runcit tak ngaku bersalah cabul jururawat dan mengeluarkan perkataan jelek

 



Pulau Pinang - Seorang pemilik kedai runcit dihadapkan ke Mahkamah Majisterit selepas dituduh melakukan jenayah seksual pencabulan ke atas seorang jururawat di Hospital Kepala Batas 8 Mac lalu.

Kejadian itu berlaku di wad covid-19, jururawat berusia 24 tahun kini dalam keadaan trauma dan diancam.

Mohd Ridi berusia 55 tahun tidak mengaku bersalah selepas dibacakan pertuduhan itu. 

Mengikut kertas pertuduhan, lelaki berkenaan melakukan pencabulan terhadap seorang jururawat di wad 3B Hospital Kepala Batas pada 8 Mac jam 11.30 pagi.

Jika sabit kesalahan tertuduh akan didakwa di bawah seksyen 354 kanun keseksaan boleh dikenakan penjara 10 tahun atau denda atau sebat atau mana2 dua hukuman itu.

Timbalan pendakwa diwakili Asma Amira mohon mahkamah menetapkan RM10 ribu ikat jamin namun pihak pembelaan merayu pada mahkamah yang mana tertuduh sudah berusia dan mempunyai sakit jantung.

Mahkamah kemudian menetapkan jaminan RM3800  dengan seorang penjamin dan 21 April sebagai sebutan semula kes.

Mangsa membuat laporan kerana suspek mengusap jari, dan memegang tangannya sambil mengeluarkan perkataan jelek.

Sumber: Kosmo

Thursday, March 18, 2021

Jangan Salahkan Saya!!

 


Keith Griffin 49 tahun, telah ditangkap kerana memiliki ribuan koleksi video pornografi kanak-kanak. Dia dipenjara selama 12 tahun di atas kesalahannya itu. Walaupun aktiviti jijiknya terbongkar, dia cuba melepaskan diri dengan menuduh kucingnya yang sering naik ke papan kekunci monitornya. Maka si kucinglah yang memuat turun ribuan video dan gambar porno tersebut. 

Menurut beliau ketika dia hendak tidur, Keith akan meninggalkan komputer dalam keadaan terbuka (on). Jadi ketika dia tidur kucingnya akan menekan papan kekunci sehingga memuat turun gambar dan video lucah tersebut. Perbuatan tersebut dianggapnya logik kerana kucing juga pernah dilaporkan menghubungi talian kecemasan 911 katanya. 

P/S: Dia ingat polis lulusan tadika kot. Kesian meow jadi mangsa fitnah

Sumber: Inquisitr