'COMEBACK RASUL MELAYU' DI SHAH ALAM ditangkap

Comeback 'Rasul Melayu' Abdul Kahar ditahan




Masih ingat lagi kisah Rasul Melayu ini, nauzubillahiminzalik moga2 kita terselamat dari akidah songsang ni...Amiin


Admin nak berkongsi Rasul Melayu ditangkap balik malam tadi di Shah Alam


Perkara ini sangat serius kerana gerakan mereka ini mengajak masyarakat untuk mempercayai kata2 sesat kumpulan ini




Setelah sekian lama Abdul Kahar Ahmad, 70 Tahun, kembali aktif menyebarkan ajaran yang difatwakan dan diharamkan pada tahun 1991 . Malam tadi kira2 16 orang pengikutnya ditahan untuk disoal siasat oleh pihak Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) di tiga lokasi berbeza. Abdul Kahar bebas dari penjara 4 tahun lepas (2016).


Ucapan terima kasih  diberikan kepada orang ramai yang membuat aduan dan menyalurkan maklumat kepada pihak JAIS sehingga siasatan ini dapat dilakukan. 


Orang ramai juga diminta terus menyalurkan maklumat kepada JAIS mengenai aduan berkaitan dan memastikan hanya Ajaran Ahli Sunnah Wal Jamaah (ASWJ) diamalkan di Negeri Selangor


 



Pihak JAIS juga tidak teragak2 untuk mengambil tindakan tegas terhadap penganut ajaran sesat dan memohon kerjasama daripada orang ramai untuk memaklumkan sebarang aktiviti yang mencurigakan berkaitan kesalahan jenayah syariah ke pihak Penguatkuasa JAIS di talian Hotline 1-800-88-2424.

Sekian (Pengarah Jabatan Agama Islam)

Moga dia diberi hidayah & sempat bertaubat


Post a Comment

0 Comments