INGAT LAGI FREDDIE MERCURY, DENGAN LAGU POPULAR WE ARE THE CHAMPION, PENUH KISAH SEDIH!

Legend Dengan Lagu "We Are the Champion", "We Will Rock You".


Freddie Mercury Penulis Lagu, Penyanyi, Producer Music dan Vokalis Utama Band Queen.

Freddie mencatatkan seorang penyanyi yang terbaik dalam sejarah dan dilahirkan di Zanzibar yang orang tuanya berasal dari India. Ketika remaja, keluarganya telah berangkat ke Inggeris dan menetap di London.

Bapa dan Ibu Freedie

Dia membentuk band Queen pada 1970, antara lagu popular we will rock you, we are the champion, Bohemian Rhapsody dan banyak lagi.

Lagu kegilaan Peminat : Bohemian Rhapsody

Lagu Boheiman Rhapsody dengan lirik

Lagu We Are The Champion

Freddie Mercury meninggal pada tahun 1991 masa usianya 45 tahun kerana komplikasi dari AIDS.


Foto Freddie Mercury

Dari 1980-1991 adalah tahun penting dalam kerjaya hidupnya membuat comeback konsert terbesar seperti di Wembley Stadium. Dia juga dianugerah bermacam-macam seperti lagu terbaik, dengan gaya aksi bersahaja, pukulan suara yang memukau. 

Band Queen

Ayah Freddie juga seorang yang dingin, pada asalnya ayahnya tidak membenarkan Freddie menjadi seorang pemuzik. Tidak lupa juga nama asli Freddie Mercury ni adalah Farrokh Bulsara yang diberikan nama orang tuanya, namun penampilan  Freddie dilabel oleh peminatnya sendiri.

Ibu dan Ayah Freddie ini berbangsa Parsia, menganut agama Zuwaster , agama yang berasal dari Persia kuno atau dikenalk sebagai Iran. Di mana agama mereka mengenal satu tuhan iaitu AhoraMazda. Freddie sebelum berangkat ke Inggeris banya menghabiskan masa di India dan sebahagian Afrika.

Pada tahun 1963 negara Zanzibar telah diberi kemerdekaan,  mulai saat itu warga-warga afrika yang miskin mengsasarkan keluarga-keluarga India yang kaya, sejak itu mereka berpindah ke Inggeris. Siapa sangka masa di Inggeris melonjak namanya setelah dewasa. Ibunya telah lihat hobi Freddie ini lebih kepada muzik kerana sentiasa menghabiskan masa menulis lagu di ruang tamu rumah.

Parent Freddie Wedding

Freddie Mercury ni juga memiliki gigi besar yang agak jongos, siapa tahu di sebalik giginya itu menyebabkan suaranya yang unik dan merdu. Semasa di sekolah juga Freddie sering diejek-ejek kerana giginya hingga membuat dia kemurungan, dan dilabel 'gigi bucky'. Sehingga dia  popular pun masih lagi trauma pada kejadian itu.

Dia dijangkiti komplikasi HIV pada tahun 1982, pada waktu itu kewujudan dan poular 'Lelaki Gay'.  Dia menolak untuk memeriksa dirinya kerana berasa risau dan selalu menyatakan dia tidak berpenyakit. Pada Oktober 1986 Hospital telah mengesahkan Freddie terkena HIV dan ditanya wartawan The Sun akan tetapi Freedie tetap menafikan dia sakit di depan khalayak ramai. Sehingga teman lelaki Freddie juga memberitahu dia diagnosis sebagai pesakit HIV pada julai 1987 tetapi Freddie juga tetap menutup dia itu sakit. Sehingga semasa kumpulan Queen menerima anugerah Brit Award 18 Februari 1990 Freddie tampak lemah, kurus, longlai di atas pentas.

Sebelum dia punya teman lelaki, Freddie mempunyai cinta sejati nama Mary Austin, Mary Austin tetap menjadi rakannnya sehingga akhir hayat Freddie, Mary juga tetap setia menunggu Freddie dan menjaganya ketika sakit. Sehingga harta Freddie meletakkan Mary sebagai waris oleh kerana terlampau menyintai dan mempercainya. Ada yang tertanya-tanya kenapa Freddie perlu ada teman lelaki kalau mencintai wanita itu, secara dalamnya Freddie suka kepada wanita tetapi fizikal dia suka melakukan seks sejenis, mungkin seorang bisexual. 

Freddie meminta Mary Austin menyimpan abu-abunya supaya tidak diketahui peminat, sehingga diberitahu Mary telah menyimpan abu itu selama dua tahun selepas itu Mary baru selesaikan tugas menanam abu itu. Akhirnya sehingga hari ini tiada siapa tahu dimana Mary menyimpan abu Freddie, ada yang menyangka Mary menanam abu itu di belakang rumah Mary tetapi juga tiada.

Judul we will rock you dan we are the champion menarik minat pendengar pada tahun 1977 di stanford hall,  yang mana pada masa itu band Queen popular dengan jolokan ikutan peminat, sehingga di pentas, penuh peminat di konsert yang menyanyikan lagu Queen hanya mendengar (fanatik).

Menurut Rolingstone, Freddie juga pernah berteman dengan Puteri Diana pada tahun 80an, Freddie berasa simpati dia berkonspirasi membawa Puteri Diana bebas paparazi di kota ketika itu. Mereka menyamarkan Puteri Diana dengan jaket tentera, kaca mata hitam dan topi kulit setelah itu mereka membawa Puteri Diana ke kelab gay di Kota London. Penyamaran mereka berjalan lancar sehingga di sana tiada seorang yang perasan ada Puteri Diana di situ. Puteri Diana mampu dengan penyamaran itu sehingga pagi, dan menyatakan kepada Freddie dan teman-temannya sesekali "bawa aku lagi". Selain itu, Freddie juga berteman dengan Michael Jackson, mereka juga saling menciptakan lagu bersama. Sehingga waktu itu, Michael Jackson tidak begitu selesa si Freddie mengenakan kokain yang banyak di ruang tamunya.



Itu antara kisah-kisah Freddie Mercury yang sempat ditulis.



Post a Comment

0 Comments