JIJIK DAN KOTOR!!!

JIJIK DAN KOTOR!!!




DBKL hari ini, 24 September 2020 (Khamis) telah bertindak menutup premis KILANG ROTI TAMAN GEMBIRA  di Jalan Kuchai Lama.

Dengan kekuatan 6 orang anggota, hasil pemeriksaan mendapati tahap kebersihan premis tidak memuaskan di mana bahan mentah dan penyediaan makanan di atas lantai.

Lantai basah, kotor dengan sisa makanan serta dinding tempat penyediaan makanan kotor dan berdaki hitam.






Foto Kedai


Pengendali makanan sebanyak 10 orang (6 orang warga asing ) semua mempunyai suntikan tifoid.

Peralatan serta kelengkapan pemprosesan makanan dalam keadaan kotor dan usang dan menggunakan sumber air dari tandas yang kotor.

Juga terdapat kesan hurungan najis tikus  di kawasan stor peralatan dan bahan mentah.

Sehubungan dengan itu, Perintah Penutupan Premis di bawah Seksyen 11 Akta Makanan 1983 berkuatkuasa 25 September 2020 telah dikeluarkan.

Pemeriksaan dan pemantauan seumpama ini akan diteruskan oleh DBKL dari semasa ke semasa.

Post a Comment

0 Comments