Kes "Zodiac Killer" Yang Tidak Berjaya Dikesan


Zodiak Menghantar Surat Ke Surat Khabar Dengan Petunjuk Samar

Selepas serangan Zodiac pada bulan Julai 1969, Zodiac Killer menghubungi surat khabar melalui surat yang tidak berapa tahu perinciannya. Surat itu hanya diketahui pembunuh itu sendiri.

Dia juga membuat pengakuan panggilan telefon kepada pihak penguasa pada bulan september, pada oktober Zodiac Killer bertanggungjawab atas kematian Stine pada tarikh 13 Oktober 1969 yang melampirkan sehelai kemeja pemandu yang berdarah dan menghubungi polis dengan mengakui pembunuhan itu.

Flashback, pada 4 Ogos 1969 dalam sepucuk surat Pemeriksa San Francisco, dia menulis, " Ini adalah pengucapan Zodiak", menandakan penggunaan pertamanya untuk nama "Zodiac". 

Penulisan Zodiac ini akan diulang dalam banyak huruf, mesejnya juga sering kali melambangkan simbol crosshairs, yang menyerupai pandangan sasaran penembak dan juga simbol sama yang dipakai semasa serangan pada September 1969.

Zodiac mendapat publisiti ramai, dia mengambil langkah untuk memastikan mesej yang disebarkannya secara meluas, seperti mengancam akan melakukan "kill rampage". Dia juga mengancam melakukan pembunuhan lain jika mesejnya tidak diterbitkan dalam The San Francisco Examiner secara meluas. 

FBI Mengedar Lakaran Suspek

Dalam sepucuk surat lain pada 9 November 1969 dia mengejek pengejarnya dengan mengatakan "Polis tidak akan pernah dapat menangkap saya, kerana saya terlalu bijak daripada mereka".

Dari empat mesej yang dikodkan oleh Zodiac, satu pasangan membantu menyelesaikan catatan zodiac dengan menafsir salah satu surat, "Saya suka membunuh orang kerana sangat menyenangkan". 

Zodiac mendakwa dia telah berkongsi identitinya dalam mesej berkod lain, namun walaupun sudah puluhan tahun mencuba, tidak ada jenayah Zodiac lain yang dapat diselesaikan secara rasmi.

Pengucapan Zodiac

Zodiac Diam Selama Hampir Tiga Tahun

Surat yang dikirim Zodiac bertanggungjawab atas pembunuhan Stine juga menyatakan "Anak-anak sekolah adalah  sasaran yang bagus, saya rasa saya akan menghapuskan bas sekolah suatu pagi. Cukup tembak tayar depan". 

Ancaman itu mengakibatkan ketakutan yang meningkat dan kawalan polis yang besar, pegawai- pegawai mengawal bas, helikopter terus memerhatikan dari atas dan perintah berkurung di beberapa daerah. Sebilangan ibu bapa memilih untuk menjaga anak-anak mereka pulang dari sekolah sepenuhnya.

Pada tahun 1969, Zodiac secara konsisten menjadi bahan muka depan surat khabar, yang hanya tidak berwajah namun perasaan penduduk berasa gerun. Polis meminta penduduk jika ada maklumat untuk menelefon polis, antara surat lain yang dikeluarkan pada tahun 1970 adalah ancaman untuk mengebom bas sekolah dan memerintahkan penduduk San Francisco untuk memakai kancing dengan simbol Zodiac crosshair.

Ada surat dan nota Zodiac menyatakan setiap korban baru bermaksud "semakin banyak hamba yang akan saya kumpulkan untuk akhirat saya" . Zodiac telah mendiamkan diri  dari 1971 hingga 1974 ketika dia mengirim surat baru pada tahun 1974  menyatakan "Saya-37, SFPD-0". Ini bermaksud dia telah meragut 37 nyawa, 0 rekod dia ditangkap.

Pada tahun berikut 1978 muncul surat dari Zodiac yang dikirim ke San Francisco,  namun kesahihan surat itu dipersoalkan kerana tulisan tangan dan nada yang berbeza dari tulisan Zodiac sebelumnya. 

Selain itu, pada tahun ini seorang detektif cuba memalsukan surat kepada akhbar yang memuji penangkapan Zodiac tetapi menjadi tanda tanya orang apakah detektif itu yang membuat surat Zodiac selama ini, namun rancangan detektif itu ditolak Polis Francisco.

Surat lain dari Zodiac

Terdapat Teori Bahawa Zodiac Killer Akhirnya Berhenti Membunuh

Walaupun dia mengaku melakukan pembunuhan mencecah angka 37, tidak ada korban Zodiak yang terjadi dari tahun 1969, apakah dia berhenti membunuh? Memang budaya membunuh secara bersiri ini popular semasa itu, Polis menganggap operasinya dijalankan atas paksaan orang lain.

Pusat Analisis Jenayah Kekerasan FBI menyatakan bahawa pembunuh berantai boleh berhenti sekiranya sesuatu perubahan dalam hidup mereka, dalam erti kata Zodiac melakukan jalan selamat untuk menyelamatkan diri dari terus melakukan pembunuhan dan disebabkan usia bertambah untuk melakukan pembunuhan.

Seorang professor psikologi juga menulis sebuah buku mengenai Zodiac berpendapat bahawa pembunuh itu mungkin telah pulih dari sakit mental, atau dikenali sebagai pelbagai keperibadian. Mungkin juga Zodiac berhenti mengambil nyawa dengan alasan kematian diri sendiri.

Atau mungkin Zodiac terus memburu mangsa, dengan cara berbeza. Kerana ada sepucuk surat pada tahun 1969 dia menyatakan dia tidak akan mengumumkan pembunuhannya lagi, ini menyebabkan polis juga tidak dapat mengenal pasti jika ada sesuatu kemalangan atau pembunuhan berlaku ada kaitan dengannya ataupun tidak.

Zodiak Tidak Pernah Dikenal Pasti 

Selama bertahun-tahun lebih dari 2500 suspek dikenalpasti namun gagal, FBI pernah mengeluarkan waran penggeledahan untuk seorang suspek utama, Arthur Leigh Allen, tetapi tidak ada bukti pasti ditemui,  selain itu cap jari Allen tidak sesuai dengan cetakan pada kemeja Stine pada 2002, DNA yang diambil dari cap jari Allen tidak sama seperti penjilat setem yang setiap dilakukan oleh Zodiac.

Tetapi pada tahun 2018, dengan teknologi semakin canggih polis menggunakan pendekatan seperti mengenal pasti Zodiac ke atas pembunuh lain membuahkan hasil cuma kes Zodiac belum berhasil yang dilaporkan setakat ini kemungkinan disebabkan bukti yang telah terpecah


Lagi Kisah    

Farkhunda Malikzada membakar ayat suci alquran?

Post a Comment

0 Comments