Kisah Benar Yang Menyedihkan - Chris Watts Dengan Pembunuhan Isteri dan Anak Perempuannya

Kisah Benar Yang Menyedihkan - Chris Watts Dengan Pembunuhan Isteri dan Anak Perempuannya



Dokumentari baru Netflix semalam 'American Murder' : The Family Next Door mengimbas kembali pembunuhan pada tahun 2018.


Pada tarikh 13 Ogos 2018, telah berlaku satu pembunuhan yang dilaporkan media antarabangsa. Chriss Watts seorang bapa warganegara Amerika telah membunuh isterinya yang sedang mengandung 2 bulan, serta dua anak perempuannya bernama Bella yang berusia 4 tahun dan Celeste berusia 3 tahun. Chris telah mengaku bersalah atas jenayah pada bulan November dan kini menjalani hukuman penjara seumur hidup. Pada 30 September semalam Netflix melancarkan dokumentari yang meneliti kes tersebut.

Pembunuhan seorang wanita dan dua anak perempuan, telah mengejutkan seluruh negara Amerika pada tahun 2018. Perlakuan jenayah seperti itu tidak masuk akal dan sangat memilukan, oleh kerana dilakukan suami dan ayah mereka sendiri.

Netflix telah mengumpulkan rakaman dan rakaman itu ditayangkan semalam, tayangan itu lebih kepada dokumentari dan berdurasi selama 30 minit. Untuk paparan boleh tengok di Netflix.


Apa yang penting sebelum menonton American Murder: The Family Next Door anda perlu ketahui fakta pembunuhan ini.

ISTERI DAN ANAK PEREMPUAN CHRIS HILANG

Sekitar jam 2 pagi pada 13 Ogos 2018, rakan kepada Shannan Watts (Isteri Watts) iaitu Nickole Atkinson, menurunkan Shannan di rumahnya di Frederick Colorado berikutan mereka menjalankan perniagaan bersama. Ketika beberapa jam kemudian Nickole cuba menghubungi Shannan tetapi tidak dapat dan sehingga lah Shannan terlepas janjinya bersama Nickole dan itu menyebabkan Nickole bertambah risau. Nickole memutuskan untuk memanggil suami Shannan, Chris di tempat kerja. Dia juga telah menghubungi polis.

Bunga, belon, dan barang-barang lain ditinggalkan di depan rumah keluarga Watts untuk mengenang Shanann, Bella, dan Celeste pada bulan Ogos 2018.
Polis telah melakukan penyiasatan di rumah Watts pada petang itu, dan pihak polis tidak mendapat sebarang bukti yang mencurigakan dalam rumah tersebut. Malahan mereka menjumpai kereta Shanann dan semua barang peribadinya. Oleh itu, pada keesokannya Shannan dan dua anak perempuannya diisytihar hilang secara rasmi, dan Biro Penyiasatan Colorado (CBI) mengeluarkan Amaran Orang Hilang dan Terancam Untuk Semua Penduduk.

SIASATAN

Pada hari berikutnya, Chris pada awalnya mengatakan kepada pihak polis bahawa dia tidak tahu di mana Shanann, Bella dan Celeste berada. Chris juga sempat berlakon di hadapan media untuk meminta bantuan masyarakat untuk mencari keluarganya yang hilang.

Sementara itu, penyiasat dari Jabatan Kepolisian setempat, CBI dan FBI telah mencatatkan satu perbualan telefon Chris, menunjukkan bahawa dia telah berlaku curang dengan salah seorang rakan sekerja di Anadarko Petroleum. Kemudian pada 15 Ogos ( 2 hari selepas kehilangan isteri dan anak perempuannya) Chris gagal dalam ujian poligraf (pengesanan bohong) dan ketika itulah semuanya berubah.

Ketua Polis Frederick Todd Norris bercakap pada sidang media mengenai penangkapan Chris Watts pada bulan Ogos 2018.
Pada sebelah petang, Chris berjanji pada pihak polis akan memberitahu kebenaran, jika dia dapat bercakap dengan ayahnya terlebih dahulu. Penyiasat membenarkan Chris berjumpa dengan ayahnya, dalam kejadian tersebut Chris sendiri telah mengaku pada bapanya dia telah membunuh isterinya. Oleh itu berdasarkan pengakuan Chris dan bukti yang diberikan, Penyiasat segera ke laman Anadarko Petroleum dan menjumpai mayat Shanann, Bella dan Celeste. Mayat Shanann dijumpai ditanam di kawasan tersebut manakala mayat kedua anaknya berada di dalam tangki minyak.

Pada 21 Ogos 2018,  Chris telah didakwa atas pembunuhan keluarganya.

APA YANG SEBENARNYA BERLAKU?

Dalam pengakuan awalnya, Chris mengatakan bahawa dia telah mencekik Shanann dengan 'kemarahan melampau', setelah itu membelasah kedua anak perempuannya, Bella dan Celeste. Dia kesal dengan tindakan itu kerana Shanann cuba berbicara tentang perpisahan mereka untuk mengakhiri pernikahan, dan dia membalas dengan membunuh isteri serta anaknya. Setelah membunuh Shanann, dia membawa ketiga-tiga mayat itu ke lokasi minyak dan menguburkannya, katanya.

Pada bulan November, Chris mengaku membunuh isteri dan anak perempuannya dan mengaku kesemua sembilan pertuduhan terhadapnya: lima pertuduhan pembunuhan termasuk dua pertuduhan pembunuhan anaknya, satu tuduhan membunuh anak dalam kandungan, tiga pertuduhan menganggu tubuh manusia yang telah mati. Pada akhirnya dia dijatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan ditambah dengan 84 tahun lagi untuk jenayah yang lain.

Chris Watts dikawal ke mahkamah untuk perbicaraan pengadilan pada 21 Ogos 2018.
Walaupun Chris telah mengaku bersalah atas ketiga-tiga pembunuhan itu, dia belum menceritakan kisah sebenar tentang apa yang berlaku pada pagi 13 Ogos 2018. Tetapi dalam  wawancara selama lima jam dengan penyiasat dari penjara, Chris mendedahkan kebenaran : Chris telah mencekik Shanann hingga mati pada waktu pagi selepas bertengkar dengannya berkaitan dengan penceraian. Ketika dia berusaha membawa jenazah isterinya ke tingkat bawah, Bella dan Celeste bangun dan datang untuk bertanya kepadanya apa yang sedang terjadi. Kemudian dia memasukkan anak-anaknya dan mayat isterinya ke dalam trak dan memandu ke Andarko Petroleum.    Setelah itu, dia menghempap ​​anaknya satu persatu sehingga mati dan membuang ketiga-tiga mayat itu.

DIMANA CHRIS WATTS HARI INI?

Hari ini, Chris terus menjalani hukuman seumur hidupnya di penjara keamanan di Wisconsin, di mana dia dipindahkan kerana 'masalah keselamatan pada bulan Disember 2018.

KISAH SHANANN DAN ANAKNYA  DIFILEMKAN SEBAGAI TAJUK ' CHRIS WATSS : CONFESSIONS OF A KILLER' MENDAPAT KUTUKAN KELUARGANYA.

Pada bulan Januari, 2019 Lifetime menayangkan filem Chriss Watts: Confessions of a Killer dan keluarga Shanann memberi pendapat filem itu tidak menggambarkan secara tepat siapa Shanann, Bella, Celeste dalam hidup, ini sangat menyedihkan kami.


Berita lagi Chris Watss

 




Post a Comment

0 Comments