LELAKI KEHORMAT BUKAN SAJA PEMBUNUH TAPI BIUL

LELAKI KEHORMAT BUKAN SAJA PEMBUNUH TAPI BIUL


John Emil List itulah nama sebenar, si pelaku yang tidak berfikir panjang, akhir hayat yang membuat tetamu mahkamah tergamam.

Beliau dilahirkan pada 17 September 1925 di Michigan United States dan juga pelajar lepasan University Of Michigan dan mempunyai pasangan pertama bernama Helen List. Seterusnya beliau dikurniakan tiga cahaya mata Patricia List, John Jr List dan Frederick List.

John List

 

John List telah membunuh tiga anak, isteri, serta ibunya pada 9 November 1971 di rumah besar mereka di New Jersey. Beliau telah merancang pembunuhan beberapa bulan sebelum dia betul-betul melakukannya pada November.


Foto tiga anaknya

 

Rumah List pandangan hadapan

 

Pada asalnya, keluarga ini hidup dalam keadaan aman tenteram, kesan daripada List melakukan pembunuhannya di rumah besar itu, Beliau telah melarikan diri dan meninggalkan bandar berikutan kejahatan yang telah dilakukannya, sehingga mayat-mayat itu tidak ditemui selama sebulan. Bermaksud mayat anak, isteri dan ibunya ditemukan selepas sebulan ditinggal di dalam rumah besar itu.


List hilang selama 18 tahun dan berkahwin lain dengan pasangannya bernama Delores Miller Clark, perkahwinannya kekal selama empat tahun sahaja sebelum List berjaya ditangkap dengan bantuan berita America Most Wanted di televisyen. Bayangkan setelah 23 tahun, baru dapat tangkap hasil daripada iklan penjenayah dikehendaki.


Dia mendakwa perbuatannya sendiri dilakukan kerana menanggung beban hutang rumah dan perbelanjaan perubatan ibunya. Semasa perbicaraan seorang pakar psikiatri telah memberitahu Mahkamah bahawa List melakukan itu hanya dua pilihan: Pergi Ke Arah Kesejahteraan (Lari dari rumah) atau menghantar keluarganya ke syurga, dan dia memilih untuk membunuh. 


Dalam proses siasatan, mahkamah mendapati List telah membeli rumah itu daripada seorang bernama Tiffany (owner lama), dan rumah itu mempunyai harta karun Lampu Langit yang tidak ternilai harga, dan mahkamah menganggap nilai itu lebih daripada cukup untuk menampung masalah List. 


Rumah List dari pandangan atas


Rupa-rupanya selama ini List tidak mengetahui lampu yang berada di atas kepala nya itu mempunyai harta karun di dalam dan mempunyai nilai harga yang sangat tinggi. Dah tentu paling tidak dia jadi billionaire dan tidak membunuh. Mahkamah telah menjatuhkan hukuman kepada List dan beliau telah menjalani hukuman penjara seumur hidup lima kali berturut-turut tanpa pembebasan bersyarat hingga pada tahun 2008.


Pada 21 March 2008 John List telah meninggal dunia di St Francis Medical Centre Trenton New Jersey United States.


John List 2008


Mesti dalam fikiran John List kenapa la aku buat kerja terburu-buru. Sekian episod kisah jalanan kali ini. Nantikan sedutan cerita akan datang.

Assalam


Like & Share Kisah Menarik ini




Post a Comment

0 Comments