Misteri Kematian "Black Dahlia"

Misteri Kematian 'Black Dahlia' siapa dia?


Pada pagi 15 Januari 1947, Seorang ibu membawa anaknya berjalan-jalan di taman rekreasi perumahan Los Angeles terkejut dengan penjumpaan mayat seorang wanita muda yang terlanjang, dihiris separuh di  pinggang.

Mayat itu dijumpai hanya beberapa kaki dari tempat pejalan kaki dalam keadaan mengerikan, bertelanjang, pada awalnya si ibu menganggap ternampak macam susuk tubuh anak patung, apa yang dijangka sebaliknya.

Terdapat banyak luka-luka di badan dan tidak  ada setitis darah sekalipun di tempat kejadian, ini menunjukkan bahawa wanita muda itu telah dibunuh di tempat lain. Siasatan dibuat oleh FBI Amerika Syarikat dan mengenal pasti mayat itu selama 56 minit, selepas mendapat cap jari melalui "soundphoto", wanita muda itu ternyata seorang ikon dan pelakon Hollywood berusia 22 tahun bernama Elizabeth Short dan dijuluki "Dahlia Hitam" oleh akhbar kerana kecenderungannya yang digosipkan mengenakan pakaian hitam sentiasa dan untuk Filem Blue Dahlia yang dikeluarkam pada masa itu.

Rekod mendapati dari FBI,  Pertama wanitu itu mempunyai rekod mendapat kerja  sebagai kerani Army Cooke Camp di California pada bulan Januari 1943, Kedua punyai rekod telah ditangkap polis Santa Barbara kerana minum di bawah umur tujuh bulan lepas. Namun rekod itu tiada apa- apa yang sangat membantu.

FBI Menyebar Berita Untuk Pengumpulan Maklumat

Maklumat polis AS, FBI menjalankan pemeriksaan rekod terhadap suspek yang berpotensi, berdasarkan kecurigaan awal bahawa pembunuh itu mungkin mempunyai kemahiran dalam pembedahan kerana mayatnya dipotong dengan bersih. FBI meminta memeriksa sekumpulan pelajar di Sekolah Perubatan Universiti Southern California tetapi tiada berhasil.

FBI juga telah menerima sepucuk surat misteri kemungkinan dari pembunuh, dan telah menjalankan pengecaman cap jari pada surat tanpa nama itu, tetapi tiada juga kesan dan berhasil

Persoalannya siapa yang membunuh 'Black Dahlia' dan mengapa? Sehingga hari ini pembunuh itu tidak pernah dijumpai, dan memandangkan kes itu terlalu lama berlalu menyebabkan ia sukar untuk dijejak .


Sumber: FBI

Post a Comment

0 Comments