Pembunuh Bersiri Paling Produktif Di Dunia

Pembunuh Bersiri Paling Produktif Di Dunia

AFP Getty Image: Pembunuh Warga Brazil


Pada 16 Oktober 2014 Thiago Henrique Gomes da Rocha telah didakwa melakukan pembunuhan seramai 39 orang, dia telah dikawal beberapa pegawai polis di Jabatan Keselamatan sehari selepas penangkapannya, di Goiania, Goias Brazil.

Lelaki yang dilabel pembunuh no 1 di Brazil itu telah sempat dirakam oleh wartawan, wajahnya yang mempunyai mata hitam yang tajam dan bercakuk. Thiago Gomes 26 didakwa kerana melakukan pembunuhan seramai 39 orang sepanjang kariernya.

Sebelum kejadian penangkapan Thiago Gomes, ada beberapa perkara yang mencurigakan telah berlaku antara pihak polis, wartawan dan peguam. Pada mulanya Thiago Gomes ditangkap di atas jalan raya atas kesalahan kecil melibatkan plat kenderaan motosikalnya, kemudian pihak polis terus menangkap dan membawanya ke balai untuk siasatan, tiba-tiba pihak polis mengeluarkan kenyataan dia telah membunuh seramai 39 orang, masuk akal tak? 

Peguamnya mengeluarkan kenyataan yang Thiago Gomes tidak bersalah, dia mengatakan polis menahannya kemudian memaksa dia di bawah pertanyaan agresif untuk mengaku kesalahan membunuh.

Kes seperti ini bukan kali pertama berlaku di Brazil, sejak tahun 2010 tahanan menjadi saksi bahawa polis dan pegawai penjara sedaya upaya memukul dan mencekik mereka untuk memaksa mereka mengaku tiap-tiap kesalahan seperti memiliki dadah dan senjata api haram.

Kenapa Thiago Gomez ini disebut Daily Mail sebagai salah seorang pembunuh bersiri paling produktif di dunia? Ia disebabkan atas tekanan rakan-rakan dan keluarga mangsa serta masyarakat yang berhimpun di hadapan bangunan penguatkuasa supaya penjenayah ini cepat ditangkap, masalah ini kerana satu demi satu wanita hilang diculik, dibunuh tanpa ada penangkapan. Jadi perkara ini membuatkan para Pegawai Tempatan berasa tekanan untuk menyelesaikan kes.

Jelas Thiago Gomes telah mengaku dengan melakukan  berpuluh-puluh pembunuhan dan ditangkap ketika dia sedang menunggang motosikal dan polis mengarah supaya berhenti dan terus ditarik dibawa ke pusat sisasatan.

" Kami terkejut dengan kelakuan Thiago Gomes kerana dia menunjukkan satu persatu mangsanya dari 1 hingga 39 " kata seorang pegawai polis di televisyen semasa siasatan dijalankan.



Foto Wanita Dibunuh Thiago Gomes

Dia dilaporkan mensasarkan wanita, gelandangan, dan golongan homoseks untuk melakukan kekejamannya itu, dia akan pergi ke mangsa dengan menaiki motosikal wajahnya ditutup dan kemudian menembak sasarannya dan pergi tanpa mengambil apa-apa barang peribadi walaupun polis mengatakan dia sering menuntut barang berharga.

Selain melakukan 39 pembunuhan  dia dituduh melakukan lebih 90 kali rompakan. Thiago Gomes telah ditahan pada oktober 2014 kerana melakukan jenayahnya sekitar 2011-2014 dan dia dijatuhkan hukuman penjara 25 tahun. Sekarang usianya 32 tahun dan masih menjalani hukuman di penjara.

Sumber: Washington Post

Post a Comment

0 Comments