10 Saluran Animasi Dan Pembelajaran Yang Diminati Kanak-Kanak Di Malaysia


Ini adalah 10 animasi yang mengandungi lagu dan pembelajaran yang popular dalam kalangan kanak-kanak di Malaysia. Daripada 1 hingga 10.  Jom tengok!

1) Cocomelon 97.1 Juta subscriber


Cocomelon adalah saluran YouTube dan rancangan media streaming yang diperoleh oleh syarikat Britain Moonbug Entertainment dan dikendalikan oleh syarikat Amerika Treasure Studio. Cocomelon mengkhususkan lagu video animasi 3D yang menghiburkan dan mendidik kanak-kanak. Cocomelon turut dialih bahasa kepada Bahasa Indonesia, Bahasa Mexico, Bahasa Sepanyol dan beberapa bahasa lain.

2) Chuchu TV 41.5 Juta Subscriber


ChuChu TV adalah rangkaian saluran YouTube India yang mencipta kandungan untuk pendidikan kanak-kanak, saluran yang paling popular  di India dan berkembang ke seluruh dunia

3) Pinkfong 40.1 Juta Subscriber 


Pinkfong (Bahasa Korea: 핑크 퐁) adalah jenama pendidikan kanak-kanak SmartStudy, sebuah syarikat hiburan pendidikan Korea Selatan. Pinkfong terdiri terutamanya dari lagu-lagu kanak-kanak, yang paling terkenal adalah "Baby Shark", dengan tariannya yang menerima lebih dari enam bilion tontonan di YouTube

4) KidsTV 16.9 Juta Subscriber


Kids Tv Channel adalah saluran dalam talian yang didedikasikan untuk mendidik anak-anak kecil. Melalui portal dalam talian ini, mereka berhasrat untuk mengajar sajak kanak-kanak dan lagu kanak-kanak kepada sesiapa sahaja dan semua orang yang ingin belajar. Ia diterbitkan oleh syarikat  Moonbug Entertainment.

5) Dave And Ava 12 Juta Subscriber


Lagu-lagu  Dave and Ava mempunyai nilai budaya yang hebat. Dihasilkan melalui Animasi 3D oleh profesional bertaraf dunia yang membawa keseronokan dan keajaiban untuk lagu-lagu tradisional kanak-kanak.

6) Jugnu Kids 7.4 Juta Subscriber


Dunia kanak-kanak Jugnu Di mana anak-anak dapat merasa bahagia dan selamat. Di saluran Jugnu Kids kami berdedikasi untuk membuat video pendidikan berkualiti untuk kanak-kanak berusia 2 - 5 tahun dengan membuat lagu klasik, lagu kanak-kanak dan cerita dengan animasi 2D & 3D dengan bantuan nyanyian dan tarian oleh  watak-watak comel, yang dapat membantu anak-anak mempelajari semua tentang kehidupan seharian. Jugnu merupakan animasi yang berasal daripada India.

7) Didi & Friends 4.49 Juta Subscriber


Didi & Friends merupakan sebuah francais media belajar sambil berhibur bagi kanak-kanak prasekolah yang dicipta oleh syarikat Digital Durian di Malaysia. Berkisarkan sekawan tiga ekor ayam serama muda yang bernama Didi, Jojo dan Nana serta kawan-kawan haiwan antropomorfik yang menyanyikan lagu kanak-kanak antara lainnya, francais ini bermula dalam bentuk sebuah saluran YouTube yang menyiarkan video animasi lagu kanak-kanak sejak 15 Mei 2014,[1] kemudian berkembang menjadi siri animasi televisyen, siri filem, siri buku dan pelbagai barang dagangan. Animasi ini juga dialih bahasa iaitu bahasa Inggeris dan bahasa Indonesia.

8) Dodobee 3.16 Juta Subscriber


Dengan pendekatan segar dan menyeronokkan untuk hiburan kanak-kanak, DoDoBee menjamin keseronokan berkualiti tinggi untuk kanak-kanak. Lagu dan cerita yang disusun untuk muzik dan kartun pasti menjadi kegemaran baru untuk kanak-kanak dari semua peringkat umur.

9) Omar & Hana 8.37 K Subscriber


Omar & Hana merupakan kartun kanak-kanak Islam. Ia dihasilkan oleh Digital Durian dan ia juga mengandungi kandungan mengenai ciri-ciri Islam yang baik dan nilai-nilai moral. Siri Omar & Hana mengikuti perjalanan Omar, Hana, keluarga mereka dan rakan-rakan mereka ketika mereka belajar tentang nilai Islam dan ciri-ciri Islam yang baik. Terdapat juga cerita, seperti "A Surprise for Daddy" dalam siri Bahasa Inggeris Omar & Hana. Omar & Hana ialah juga no.1 kartun Islam di Malaysia. Juga, ia boleh didapati dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Melayu.

10) Lagu Kanak-Kanak TV 561 K Subacriber


Lagu kanak TV sebuah saluran yang menyajikan animasi dan lagu tradisional kanak-kanak Malaysia. Tidak dapat dipastikan penerbit saluran ini. Walau bagaimanapun ia tetap memeriahkan saluran youtube kanak-kanak di Malaysia

Media Kisah Jalanan Dot Com







Post a Comment

0 Comments