Andres Escobar Melakukan 'Gol Bunuh Diri' Menurut M4fia

Andres Escobar Melakukan 'Gol Bunuh Diri' Menurut M4fia
Foto Escobar
Siapa ingat seorang lagenda bola sepak Colombia Andres Escobar yang memakai jersi no 2 posisi pertahanan negara itu. Namanya diangkat bola sepak Colombia kerana kehebatan di atas padang, bijak mengawal dan mematahkan serangan pihak lawan. Namun pengakhiran Escobar tidak begitu indah dia telah ditembak Mafia Perjudian Bola Sepak pada Kejohanan Piala Dunia 1994.

Ikuti kisah beliau----
Pada masa itu, Colombia terkenal dengan pasukan bola yang sangat hebat sehinggakan sebelum melayakkan diri ke Piala Dunia 1994 di Amerika Syarikat, Colombia telah melakar 4 kemenangan dan 2 seri. Salah satu perlawanan yang dimenangi Colombia ketika kelayakan adalah membenam Argentina 5-0. Kapten Colombia itu dijulang rakyat Colombia dan diberi nama sebagai 'El Clabero de Futbol' atau Gentleman of Footbal.
Kelayakan Piala Dunia
Setelah berangkat ke Amerika Syarikat untuk menjalani kejohanan, Colombia ditempatkan di dalam Kumpulan A iaitu Colombia, Amerika Syarikat, Romania dan Switzerland. Pada 19hb6 1994 pertembungan pertama di antara Colombia lawan Romania disudahi dengan keputusan 1-3. Kerisauan mafia-mafia perjudian masa itu telah timbul kerana kekalahan pertama namun mereka menjangkakan Colombia akan kembali dengan kemenangan.
Perlawanan pertama peringkat kumpulan


Pada 23hb6 1994 pertembungan dengan Amerika Syarikat Andreas Escobar telah melakukan ' Gol  bunuh diri ' own gol untuk gol pembukaan,  dan keputusan perlawanan itu disudahi Amerika Syarikat menang 
2-1. Perlawanan terakhir pada 27hb6 1994 Colombia dapat kemenangan pertama dengan membenam Switzerland 2-0, meski menang Colombia menduduki tangga tercorot dalam peringkat kumpulan.
Perlawanan kedua peringkat kumpulan

 

Perlawanan ketiga peringkat kumpulan

Detik cemas telah berlaku pada 2 Julai 1994 selepas 5 hari perlawanan piala dunia, Escobar telah meninggal dunia. Pada malam sebelum kejadian Escobar sempat bersama rakan-rakan untuk berhibur di Kota Medeyline, setelah malam menjemputnya Escobar meninggalkan rakannya dan kembali ke kereta dan didatangi 3 orang tidak dikenali dan melepaskan tembakan dengan menjerit 'gol' , 6 peluru telah menembusi tubuh Escobar. Dia telah dikejarkan ke hospital dan disahkan meninggal dunia. Kematian itu dianggap balasan Escobar kerana melakukan gol bunuh diri oleh Mafia perjudian bola sepak ketika itu.
Carta kumpulan A

Detik gol sendiri menentang Amerika Syarikat

Humberto Castro Munoz telah ditangkap kerana mendalangi kejadian pembunuhan Kapten Colombia itu, dia telah mengalami kalah besar dalam perjudian itu menurut laporan mafia ketika itu. Berita kematian Escobar menjadi gempar saat itu kerana kejohanan piala dunia yang sedang berlangsung. Insiden ini dilabel jenayah paling brutal, lebih seratus ribu telah menghadiri upacara pemakaman Escobar dan mengenang jasa Escobar. 1967-1994.
Humberto Castro Munoz suspek



1967-1994


Post a Comment

0 Comments