Apa Yang Perlu Anda Lakukan Jika Batu Daripada Mesin Rumput Terkena Kereta??

INFO TAHUKAH ANDA: Jika anda sedang memandu di sebatang jalan dan secara tiba-tiba terdapat batu yang melantun ke arah cermin kereta anda sehingga menyebabkan pecah akibat daripada pekerja mesin rumput di tepi jalan. Apa yang harus anda buat? ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ๐Ÿ˜ฑ


Jangan panik berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja mesin rumput tersebut. Dapatkan nama penuh dan syarikat kontraktor pekerja yang membuat kerja mesin rumput itu.



Tahukah anda setiap kerja pemotongan rumput di tepi jalan mempunyai insurans? Ini kerana pihak berkuasa tempatan MEWAJIBKAN mana-mana syarikat yang ingin memasuki tender mesin rumput mesti mempunyai insurans jika berlaku kemalangan yang tidak diingini.

Sebelum kerja pemotongan rumput boleh dijalankan, pihak syarikat hendaklah mengemukakan "Cover Note" insurans mereka kepada pihak berkuasa tempatan terlebih dahulu sebagai bukti bahawa syarikat tersebut telah dilindungi oleh pihak insurans jika berlaku kemalangan.

Setelah anda mendapat nama syarikat tersebut, semak dengan pihak syarikat dimanakah bengkel kereta panel insurans syarikat terbabit? Buat laporan polis dalam tempoh 24 jam dan setelah selesai, bawa laporan polis tersebut ke bengkel panel insurans syarikat tersebut untuk mendapatkan cermin baru.



Laporan polis tersebut hendaklah menyatakan nama pemotong rumput (jika ada IC lebih baik), nama syarikat dan alamat, tarikh dan masa kejadian,serta nama jalan dan juga kawasan di mana kejadian berlaku.

Jadi selepas ini kalau berhadapan dengan kejadian seperti ini tenang dan jangan marah. Berhenti ke tepi, ambil gambar dan berjumpa dengan pekerja tersebut untuk berbincang๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž๐Ÿ˜Ž



Sumber : FB Mohd Aminudin

Post a Comment

0 Comments