Berapakah Harga Vaksin?



Sehingga sekarang Malaysia adalah satu-satu negara di mana langkah-langkah yang diambil Kementerian Kesihatan adalah sangat baik. Hal ini kerana kerajaan mengehadkan perjalanan kita di tempat awam, menggunakan mask, dan juga sosial distancing, semuanya ini adalah langkah-langkah sangat penting dalam situasi wabak. 

Tetapi dalam masa yang sama kita juga menghadapi situasi genting terhadap vaksin-vaksin yang dicuba sekarang, yang diuji supaya kita dapat menggunakan vaksin yang tepat bagi mengelakkan covid19 ini berjangkit lagi.

Kalau kita lihat di seluruh dunia sekarang ini ada lebih 100 candidate vaksin yang mungkin jadi berkesan dan  lebih kurang 10 candidate masih dalam percubaan yang diuji pada haiwan dan golongan manusia, ada dari Amerika Syarikat, Russia dan China. Jika kita teliti semula adakah vaksin yang digunakan itu 100% kita boleh harapkan pada vaksin? 


Apa yang kita tahu sekarang vaksin yang diuji sekarang mungkin ada harapan digunakan akhir tahun ini, sama ada 4-5 jenis vaksin. Menurut pakar-pakar dari Amerika Syarikat kemungkinan keberkesanan vaksin ini hanya 50% bermakna ia tidaklah begitu tinggi keberkesanannya. 

Jika boleh cecah hingga 80% ia adalah sangat baik tetapi masih sedang diuji- katanya. Selepas itu seseorang individu itu kemungkinan tidak cukup untuk 1 dos, mungkin memerlukan 2 dos, ia secara injection. 

Harganya sangat mahal!  sekarang Kerajaan Malaysia sedang berunding dengan beberapa Pusat Kajian luar yang menghasilkan vaksin. Pengumuman dari Menteri Mosti (Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi bahawa  kemungkinan harganya RM21 untuk 1 dos sehingga boleh mencecah Rm83  untuk 1 dos. 

Menurut Pertubuhan Kesihatan WHO kemungkinan arahan perlu dicuba untuk 10% rakyat di sesebuah negara dahulu iaitu untuk golongan yang berisiko tinggi, seperti frontliners yang berusia tinggi, dan mereka yang ada penyakit sedia ada. Jadi, kalau kita negara Malaysia jika hendak beri pada 10% rakyat kosnya kemungkinan menelan Rm70 juta - Rm265 juta terpulang pada harga akhir vaksin-vaksin ini. 

Tuntasnya kerajaan perlu menyediakan bajet bagi vaksin ini, sama ada kita mengharapkan 100% bergantung pada vaksin atau kita still kena berjaga-jaga kerana vaksin ini belum dipastikan dan berkesan. Semua negara akan dapat vaksin ini juga belum dapat dipastikan kerana pattern dan hadnya tidak banya syarikat-syarikat ubat yang boleh membuat vaksin ini. 

Ia akan menyebabkan kekhuatiran rakyat kerana bekalannya juga mungkin tidak mencukupi. Sebab negara-negara yang kaya dah membuat perjanjian dengan syarikat-syarikat tertentu yang mereka telah booking terlebih dahulu. Jadi langkah-langkah penjagaan perlu diteruskan kerana kita tidak tahu bila vaksin akan ada di negara kita dan taraf keberkesanannya. 


Sumber: CheeYokeLing

Post a Comment

0 Comments