CORONAVIRUS - BERITA TERKINI Donald Trump Dan Isteri Positif Covid

CORONAVIRUS - BERITA TERKINI  Donald Trump Dan Isteri Positif Covid.

Trump Bercakap di White House
Pengumuman itu telah dibuat 32 hari sebelum pilihan raya presiden. Doktor bahagian White House mengatakan Trump akan "terus menjalankan tugasnya tanpa gangguan".

Presiden Donald Trump telah disahkan positif covid19 sementara dia sedang menentang habis-habisan untuk menurunkan keparahan wabak pandemik Covid19 di Amerika, dia juga menolak untuk memakai topeng muka termasuk memerli para saintis tertinggi. Dia telah dipersalahkan secara keseluruhan oleh rakyat kerana menyebabkan 200 ribu orang Amerika mati.

Sejak awal lagi wabak covid ini melanda dunia, Trump mengatakan 'ia akan berakhir, ia akan hilang', dan berjuta rakyatnya ada yang menyokong tindakannya itu memilih jalan mudah. Bahkan ada segelintir mengatakan covid19 ini adalah rekaan semata-mata.

Trump tweet

Seperti yang telah dilakukan rakyat Amerika lain, saya juga akan kuarantinkan diri saya di rumah sendiri, saya menolak untuk menghadiri segala jemputan majlis buat masa ini, kata Trump.

Doktor bahagian 'White House' menghantar memo kepada setiausahanya 'Presiden dalam keadaan baik-baik saja dan dia akan tinggal di sini (White House) ' , kata Doktor itu.

Dalam masa sama Doktor itu mengatakan mereka akan memberitahu perkembangan dari masa ke masa mengenai Presiden itu. Presiden juga akan membatalkan perhimpunan MAGA di Orlando Florida yang berlangsung tidak lama lagi.

Trump dikatakan kerap kali diuji oleh ahli perubatan (ujian covid), pertama sekali dia melakukannya pada 14 Mac yang lepas , sehingga tidak mahu lagi diuji. Berikutan itu dia telah banyak kontak rapat dengan pegawai-pegawai luar yang dijangkiti virus itu dan ternyata sekarang ia positif.

Tweet kedua Trump

Pada bulan September lepas, Trump telah menggunakan unsur politik semasa pengumumannya, dia mengatakan vaksin akan siap pada hari pemilihan nanti, ini membuatkan  para saintis di sana menghadapi tekanan serta kepercayaan rakyat terhadap vaksin sekarang telah menurun.

Sumber: BuzzFeedNews


Post a Comment

0 Comments