(Daily Star) Bayi 10 Bulan Dirogol Bapanya, Sempat Membuat Carian Google Sebelum Memanggil Paramedik

Rogol Bayi 10 Bulan, sempat search google bagaimana hendak mengetahui baby sudah mati?



Seorang jurulatih bola sepak dilaporkan telah ditahan susulan kematian seorang bayi perempuan yang tercedera akibat diperkosa, lapor Daily Star.

Selepas waran penggeledahan diperolehi, pihak polis telah menemui pelbagai carian di Google menerusi telefon bimbit milik tertuduh.

Menurut Penn Live, tertuduh yang juga merupakan ayahnya sendiri dilaporkan sempat membuat carian di Google berkenaan “Jika bayi berhenti bernafas,” “Bayi saya tidak bernafas,” dan “Bagaimana untuk mengetahui sama ada bayi itu sudah mati?”

Menurut Daily Star, lelaki dari Pennsylvania itu ditahan setelah didakwa merogol anaknya berusia 10 bulan sebelum membuat carian di Google bagi mendapatkan maklumat tentang bagaimana untuk mengetahui bayi sudah mati.

Tertuduh didakwa telah melakukan carian di Google selama satu jam sebelum memanggil paramedik untuk memeriksa anak perempuannya itu, menurut pendakwa raya.

Ketika polis sedang menggeledah harta benda miliknya, pihak polis telah menjumpai lampin pakai buang yang dipakai oleh bayi tersebut mengandungi darah, menurut siaran media dari pejabat DA.

Bayi yang berusia 10 bulan itu dilaporkan meninggal dunia selepas ‘kejadian hujung minggu yang mengerikan di rumah keluarga’ menurut polis.

Bayi itu gagal bertindak balas ketika pegawai ambulans melakukan CPR ketika di tempat kejadian dan dilaporkan meninggal dunia di hospital tempatan.

“Kes ini sangat membimbangkan. Sukar untuk membayangkan kematian bayi ini menjadi lebih traumatik: serangan seksual terhadap bayi, diikuti dengan langkah sewajarnya yang patut diambil oleh ayahnya untuk menyelamatkan nyawanya sehingga menyebabkan kematiannya,” kata Montgomery County DA Kevin R. Steele.

Menurut Daily Star, lelaki yang berasal daripada Pennsylvania dan berusia 29 tahun itu kini berdepan dengan tuduhan ‘hubungan seksual songsang’ dan ‘serangan seksual yang kejam’.

Sumber: Daily star


Post a Comment

0 Comments