Di Sebalik Kisah 3 Idiot Yang Ramai Masih Tak Tahu!

3 Idiot - Filem Tentang Pelajar Imperial College Engineering (ICE)


Perkenalkan watak utama:

Aamir Khan sebagai Rancho

R Madhavan sebagai Farhan Qureshi

Sharman Joshi sebagai Raju Rastogi

Kareena Kapoor sebagai Pia 

Boman Irani sebagai Viru Sahastrabudh

Omi Vaidya sebagai Chatur 'silencer' 

Mona Singh sebagai Mona


Throwback 

Pada tahun 1999, ada dua orang pelajar bernama Farhan Qureshi dan Raju Rastogi saling mengenali dan bersahabat selepas mereka belajar di sebuah kolej berprestij di Delhi iaitu Imperial College of Engineering (ICE). Pada awalnya, sebelum Farhan sambung pelajaran di ICE dia sangat meminati menjadi seorang fotografi, namun demi menenangkan ayahnya, dia menyambung pelajaran dalam bidang kejuruteraan. Manakala Raju hanya memerlukan kerjaya untuk menyelamatkan keluarganya daripada kemiskinan. Namun, seorang rakan sebilik mereka,  Ranchoddas Shamaldas Chanchad (Aamir Khan) atau dijuluki "Rancho" , benar-benar meminati sains dan kejuruteraan. Dia sering membidas dan memberi gambaran kepada orang kelilingnya yang kita perlu belajar dan memahami bukan menghafal ilmu semata-mata, Rancho juga sering bertengkar dengan Pengetua kolej Viru Sahastrabuddhe atau "virus" , pelajar tidak perlu dibezakan pangkat dengan markah ujian, terapkan sistem tegas melalui pembacaan buku, tetapi pelajar perlu diberi kebebasan dan menikmati apa yang mereka ingin sampaikan dengan cara bakat masing-masing.


Rancho sendiri melihat ICE menerapkan budaya akademik hipertensi dan tekanan. Seorang pelajar bernama Joy Lobo membunuh diri setelah gagal memenuhi tarikh akhir projek dan ditolak Virus bahkan Virus mengugut ayah Joy Lobo untuk memberi gagal kepada anaknya itu. Sistem kolej ini dilawan Rancho, Rancho juga memberontak dengan hujah-hujahnya kepada Virus yang sistem telah membunuh pelajar, bukan pelajar yang bunuh diri sendiri. Namun disebabkan berontakan Rancho itu, keluarga Farhan dan Raju menerima surat dari Virus supaya menjauhkan anak mereka berkawan dengan pelajar bernama Rancho jika tidak mahu anak mereka ketinggalan. Raju cuba menjauhkan diri dari Rancho, tetapi ketika ayah Raju yang lumpuh mengalami kecemasan perubatan, Rancho telah menyelamatkan nyawa ayahnya dengan bantuan anak perempuan Virus, Pia. Pia mulai jatuh cinta pada Rancho, pada akhir tahun selepas melalui peperiksaan akhir semester, Rancho terbukti menduduki tempat teratas di peringkat sekolah sementara Farhan dan Raju terus ketinggalan.

Selama bertahun-tahun di kolej, Rancho sentiasa mengungguli rakan-rakannya dalam akademik. Pada suatu malam, ketika mereka bertiga mabuk masuk ke rumah Virus, untuk mengaku perasaan pada Pia, Virus telah nampak kelibat dua orang lagi Farhan dan Raju, dan Raju telah ditangkap dan dikenakan tindakan tatatertib pelajar. Virus memberi pilihan sama ada Rancho dipersalahkan atau diri dia, Raju menghadapi tekanan dan memilih untuk membunuh diri, namun Raju sempat diselamatkan dan hanya menghadapi koma, kesan daripada sokongan dan perhatian rakan-rakan dan keluarga, Raju pulih dan kembali sihat. Setelah tamat kolej, Raju berjaya mendapat pekerjaan dan Farhan menerima tawaran menjadi jurugambar dan mendapat restu ayahnya.

Virus, teruji egonya kerana dia yang mencabar Rancho dua orang rakannya tidak akan mendapat pekerjaan, namun Virus salah dengan tekaannya. Virus juga selalu mensabotaj peluang kejayaan Raju dengan mengadakan ujian yang sukar dan tidak adil.  Dengan pertolingan anak Virus, Pia, Rancho dan Farhan masuk ke pejabat Virus untuk mencuri kertas peperiksaan. Tetapi Raju enggan menerima dan menipu, ketiga-tiga mereka berjaya dikesan Virus dan diusir dari ICE kerana kesalahan itu. Pia menghadapi ayahnya, dan membongkar surat abangnya yang mati bunuh diri kerana sikap ayahnya memaksa untuk belajar kejuruteraan, "Buat pelajar yang bunuh diri, abangnya yang bunuh diri, sebenarnya mereka bukan membunuh diri mereka, tapi ayah yang membunuh hidup mereka" - kata Pia pada Virus (ayahnya). Pada malam itu, semasa ribut dan hujan lebat, telah menyebabkan banjir besar dan gangguan bekalan elektrik berlaku, anak perempuan tua Virus yang bernama Mona sedang hamil dan ingin melahirkan anak, disebabkan banjir, mereka tidak dapat membawa Mona ke hospital, Rancho dan pelajar lain menggunakan pengetahuan kejuruteraan mereka dengan mengubah suai vakum penyedut untuk menyedut kepala bayi  melalui bantuan video call Pia yang sedang bekerja di Hospital kerana terkandas juga. Virus bersyukur dan mengakui Rancho sebagai pelajar luar biasa dan membatalkan pengusiran mereka bertiga. Namun pada hari tamat pengajian, Rancho segera menghilang tanpa dikesan langsung rakan-rakannya termasuk Pia.


10 Tahun Kemudian

Raju dan Farhan sama-sama berjaya dalam kerjaya pilihan mereka. Raju seorang eksekutif perniagaan yang sudah berkahwin, Farhan telah menerbitkan beberapa buku fotografi. Pertemuan berlaku akibat seorang rakan sekelas mereka dulu (Chatur) yang lurus bendul sering bersaing dengan Rancho sehingga Chatur menulis tarikh di dinding siapa kita berempat selepas 10 tahun, sebab inilah kedatangan Chatur yang telah mengatur semuanya. Chatur yang berlagak sombong menunjukkan kemewahan yang dimiliki tetapi perjumpaan mereka tidak dihadiri Rancho. Farhan dan Raju termasuk dalam permainan si Chatur , Chatur memberitahu yang dia tahu lokasi Rancho di Shimla. Lalu mereka bertiga mencari si Rancho di sana. Di sana, mereka menemui seorang lelaki bernama Rancho, akan tetapi agak kehairanan kerana muka tidak sama dengan Ranco mereka kenal di kolej. Selidik demi selidik mereka terlihat di dinding rumah memang nama Ranchoddas Shamaldas Chanchad pemegang gelar ICE berada di situ, soalan demi soalan mereka bertanya akhirnya si Rancho palsu menceritakan perkara sebenar. Rancho yang anda kenal bukan nama Rancho, dia  seorang anak tukang kebun kami, namun ayahku inginkan nama, sedangkan aku bodoh. Ayahku telah menghantar Rancho itu ke Kolej ICE dengan menggunakan nama aku, lepas tamat sijil itu menjadi atas nama aku. Ranchoddas memberi mereka alamat sebenar Rancho di Ladakh.

Farhan dan Raju memutuskan untuk membawa Pia bersama mereka. Chatur menghalangnya kerana takut terlepas dengan temujanji dengan seorang saintis terkenal "Phunsukh Wangdu". Tetapi yang lain tetap dengan kemahuan untuk membawa Pia. Farhan dan Raju menyusup ke perkahwinan Pia dengan teman lelaki Suhas seorang yang materialistik. Mereka berjaya membawa lari Pia, Pia yang kesal dengan Rancho kerana pergi tanpa penjelasan, tetapi rindu untuk berjumpa dengannya lagi dan ikut bersama Farhan dan Raju.

Semasa sampai di Ladakh, mereka berempat terkejut apabila melihat sebuah sekolah teknik yang berkembang pesat di pergunungan untuk anak-anak tempatan yang membina projek mereka sendiri. Farhan, Raju, Pia dan Chatur telah bertemu Ranco di sebuah tasik, Rancho mengakui dia masih cintakan Pia. Chatur menyindir Rancho kerana hanya menjadi seorang guru sekolah di sini, tetapi Rancho mendedahkan nama sebenarnya ialah Phunsukh Wangdu. Rancholah yang menjadikan anak didik saintis lain berjaya selama ini dia menjelaskan pembangunan sekolah ini hanya sebagai usaha sampingan. Filem ini berakhir dengan Farhan membaca moto Rancho mengenai kejayaan: "Kejarlah Kecemerlangan, dan Kejayaan Akan Menyusul".

'The End"

Kisah 3 idiot yang ditulis di atas hanya ringkasan cerita sahaja, anda boleh tonton filem penuh di youtube.


Baca Lagi - Siapakah "Phunsukh Wangdu" Yang Sebenar Di Dunia (Sangat berbeza kisahnya dalam lakonan 3 idiot)









Post a Comment

0 Comments