"Sebelum Gerak Ke Tempat Kerja Saya Lakukan Pemeriksaan Kebersihan Surau, Sangkakan Anak Kucing Rupa-Rupa Ada Seorang Bayi

"Saya buat pemeriksaan di kawasan pembersihan dan saya dapati ada satu kotak ingatkan anak kucing rupa-rupanya ada bayi" kata Guru Kafa.




Daily mail melaporkan, terdapat bayi yang diletakkan di dalam kotak telah dijumpai salah seorang makmum di situ (Surau Nurul Huda) Kampung Sungai Kajang Baru, hari ini.

Seorang Ketua Guru Sekolah Kafa bernama Mohd Maidin 38 berkata dia telah berasa was-was sebelum dia pergi dan terkejut ada seorang bayi di dalam kotak yang diletakkan betul-betul di hadapan pagar surau sebelum dia nak melakukan perjalanan ke tempat kerja.

Bayi yang dijumpai di dalam kotak itu berada dalam keadaan baik, di samping terdapat lampin bayi, bedak serta tisu basah. Dalam masa sama terdapat tulisan nota yang ditinggalkan "pohon maaf kerana tak dapat membesarkan bayi disebabkan faktor ekonomi, terima kasih sesiapa yang membesarkannya". 

Pada awalnya saya memang nak ke tempat kerja dalam masa yang sama sambil memeriksa kerja pembersihan dilakukan, saya sangkakan ada anak kucing dalam kotak rupa-rupa terdapat bayi di dalam kotak tu", kata guru KAFA.

"Kotak itu ditutupi kain warna biru, saya ambil keputusan untuk menyelak kain, subhanAllah ada bayi". Mohd Maidin berkata dia yakin ada orang buang bayi itu selepas solat subuh pagi tadi. Namun tak nampak langsung kelibat siapa yang tinggalkan kotak itu.

Buat masa ini Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat PKPB sedang berjalan, hanya beberapa jemaah sahaja dibenarkan solat di surau, katanya. 

Beliau juga sangat sedih dengan kejadian ini, sikap tak bertanggungjawab kerana anak yang kecil ini masih memerlukan seorang ibu untuk menyusu. 

Ketua Polis Daerah Selangor Superintendan Ramli Kasa, ketika dihubungi memaklumkan kejadian penemuan bayi itu dan siasatan lanjut akan dijalankan.

Bayi itu sekarang dalam jagaan Jabatan Masyarakat dan operasi mengenalpasti ibu bapa bayi itu juga dalam siasatan, kata pihak polis.

Post a Comment

0 Comments