Jurukimpal Dalam Air Wanita Pertama Malaysia

Produk Kolej Vokasional Taiping

Jurukimpal dalam air Wanita Pertama Malaysia..

Selamba je Nurizzati Athirah Mohamad Yusoff buat kerja welding tengah laut sana. Umur baru 22 tahun. Hasil keluaran Kolej Vokasional Taiping.

Nur Izzati, 22 tahun atau dikenali sebagai Athirah dalam keluarganya, adalah yang kedua daripada empat adik-beradik. Dia dibesarkan di Kampung Kuala Sungai Rambutan, Rantau Panjang di daerah Selama, Perak.

Impian Nur Izzati untuk menceburi kerjaya kimpalan bawah air bermula ketika dia seorang pelajar di Kolej Vokasional Taiping di Kamunting, Taiping, Perak. Dia adalah satu-satunya pelajar wanita yang mempelajari bidang kimpalan di sana pada tahun 2013.

Wanita hebat! 

Kisah Jalanan Dot Com

Post a Comment

0 Comments