Suami Kvrvng Isteri 18 Bulan Dalam T4ndas

 




Setiap pasangan yang berkahwin mengimpikan keluarga yang bahagia. Begitu juga isteri, mengidamkan suami yang bertanggungjawab, penyayang dan menerima baik bvrvk isteri seadanya. Apatah lagi isteri sanggup berkorban dan bertarung ny4w4 untuk melahirkan zuriat untuk suami. 

Kisah dari New Delhi India amat meruntun em0si. Hal ini kerana, seorang isteri kepada 3 orang anak telah dikvrvng di dalam tandas lebih daripada 1 tahun. 

Menurut laporan akhbar Daily Mail, penderit4an seorang wanita yang dipercayai dikvrvng di dalam tandas selama satu tahun setengah oleh suami sendiri di sebuah kampung di India berakhir selepas m4ngs4 di­selamatkan pihak berkuasa.

Kejadian itu berlaku di sebuah kampung dekat bandar Panipat, negeri Haryana, demikian menurut akhbar Daily Mail kelmarin.

Mangsa berumur 35 tahun yang tidak didedahkan namanya itu ‘dipenj4r4’ di dalam tand4s sebuah rumah sejak 18 bulan lalu dan diselamatkan beberapa pegawai kebajikan dengan bantuan sekumpulan polis tempatan pada Selasa lalu.

Suami m4ngs4, Naresh kemudian ditahan polis kerana disyaki mengvrvng isteri sendiri di dalam bilik air.

Pegawai Perlindungan Wanita Daerah, Rajni Gupta berkata, wanita berkenaan dikvrvng suami sendiri di dalam bilik air de­ngan keluasan 1 meter panjang dan kira-kira 1 m lebar.

Gupta menyatakan salah seorang jiran m4ngs4 hadir ke pejabatnya dan membuat aduan berhubung perkara itu sebelum pihak berkuasa segera bergegas ke lokasi tersebut.

“M4ngs4 ditemui terbaring di atas lantai t4ndas dan ­be­r­ada dalam keadaan yang sangat lem4h hingga tidak mampu untuk berjalan. Dia juga tidak diberi makan selama beberapa hari.

“Selepas kami menyelamatkannya, kami memberi makan dan m4ngs4 amat lapar hingga mampu menghabiskan lapan keping capati,” katanya.

Pegawai itu berkata, pihaknya belum memperoleh maklumat tepat mengenai identiti wanita itu yang dikhabarkan berkahwin dengan suspek selama 17 tahun. Pasangan itu mempunyai tiga anak berumur 11 hingga 15 tahun.

Suspek mend4kwa isterinya menghidap masalah ment4l dan sedang menjalani rawatan psikiatrik di sebuah hospital. Bagaimanapun, lelaki itu g4gal mengemukakan dokumen untuk mengesahkan dakwaannya.

“Kami sudah bercakap dengan m4ngs4 dan mendapati dia tidak mengalami masalah ment4l. Mangsa dibawa ke hospital awam negeri untuk pemeriksaan sebelum diserahkan kepada sepupunya,” ujarnya. – Agensi



Post a Comment

0 Comments