Kes Mengayat Hati Eno Farihah Yang Disula Disebabkan Cemburu Buta

Teruskan bacaan...


Pembunuhan menyayat hati Eno Farihah, 19, yang disula dengan menggunakan cangkul di Indonesia  beberapa tahun lepas benar-benar menunjukkan kekejaman manusia nampaknya sudah seperti tiada iman.

Media Indonesia mendedahkan mangsa dimasukkan tombol kayu cangkul sepanjang 65 sentimeter ke dalam kemaluannya, sebelum dirogol secara bergilir-gilir oleh ketiga-tiga suspek yang dipercayai cemburu setelah mengetahui mangsa bakal berkahwin dengan pemuda lain.



Kekejaman manusia bertopengkan syaitan ini mengingatkan kepada sebuah peristiwa yang seakan sama berlaku kepada seorang gadis berusia 16 tahun di Jepun, Junko Furuta, pada tahun 1989.

Permulaan kematian mereka hampir sama apabila mengatakan “No” kepada permintaan lelaki di mana Eno mengatakan “tidak” kepada teman lelakinya untuk mengadakan hubungan seks, manakala Junko mengatakan “tidak” untuk menjadi teman wanita Hiroshi.

Akibatnya, kedua-dua mangsa, Eno dan Junko dirogol beramai-ramai dan diseksa sehingga mati. Eno mati dalam keadaan yang mengerikan, tetapi Junko sebenarnya lebih mengerikan daripada Eno.

Eno mati apabila ditusuk oleh cangkul di kemaluannya sehingga menembusi rongga dada. Manakala Junko dirogol 4 lelaki (atau lebih), dikencing, dibakar bulu mata dengan lilin, kemaluan dibakar dengan rokok dan lighter, digantung disiling dan dijadikan beg boxing, dipaksa minum air kencing sendiri dan makan lipas, dan berbagai lagi kekejaman yang sangat mengerikan.



Persamaan kedua kes ini adalah mangsa dan pemangsa adalah merupakan dalam kalangan remaja yang berumur lingkungan 15 hingga 18 tahun.

Persoalan timbul, bagaimana budak mentah sebegitu boleh jadi sebegitu kejam dan sangat sedih.



Menurut seorang profesor di Stanford University, Philip Zimbardo yang menjalankan ujikaji terhadap banduan di Stanford mengatakan penguasaan berlaku apabila orang yang berkuasa tidak lagi melihat orang yang dikuasai sebagai manusia, mereka hanya dipandang sebagai objek.

Kerana itu apabila Eno dilakukan sebegitu, suspek yang lain turut serta menolongnya. Malah Junko diseksa dengan teruk sekali dan suspek lain turut serta menyeksa dia sehingga 44 hari.

Laporan turut mengatakan mercun telah disumbat di dalam lubang dubur Junko dan diletupkan sehingga menyebabkan kecederaan serius.

Iktibar yang boleh diambil daripada kisah mereka berdua adalah dengan mengajar anak lelaki masing-masing dan lelaki di sekeliling untuk tidak melihat wanita sebagai objek seks.

Dalam agama Islam tidak ada perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam mencapai kedudukan tertinggi di sisi Allah.

Didiklah mereka untuk melihat wanita sebagai manusia dan saudara mereka. Apabila seseorang wanita itu mengatakan “tidak” ataupun “no”, sila hormat dan terima secara ikhlas.

Yang kedua adalah, tidak merelakan sebarang keganasan yang berlaku di depan mata walaupun majoriti ketika itu seperti merelakan dan membiarkan sahaja.

Anda pasti pernah dengar kes yang wanita juga dibuli secara beramai-ramai oleh wanita yang lain. Ini kerana dalam kumpulan tersebut sudah merelakan keganasan yang dilakukan walaupun di luar norma wanita yang sinonim dengan kelembutan dan kasih sayang.

Seseorang perlu bangun dan menyedarkan yang lain untuk tidak sama-sama merelakan keganasan.

Apabila terdapat pihak yang mempunyai akal dan bangkit melawan keganasan di depan mata, maka yang lain akan turut serta kerana secara psikologinya, manusia yang lemah akan cenderung ke arah golongan majoriti.

“Majoriti buat, so, tak salah la aku buat”. Jadi kena ingatkan untuk “benda ini salah! Jom hentikan!”

Sama-sama lah kita megambil inisiatif untuk mengelakkan perkara sekejam ini terjadi lagi.



Kisah Jalanan Dot Com

Baca penyeksaan Junko Furota, dimasukkan mercun dalam duburnya

Post a Comment

0 Comments