Kisah 3 Orang Tidak Ikut Nabi Berperang Tapi Allah Rakamkan Dalam Alquran Memuji Mereka

Perang Tabuk 


Kisah Orang Yang Tidak Ikut Perang Bersama Nabi SAW Tapi Dipuji Oleh Allah SWT. 

Kenapa? Kena baca cerita penuh! 

Ketika Rasulullah SAW keluar berperang (Perang Tabuk), ada orang yang masih lagi tinggal dan tidak bersama Rasulullah.

Apabila Nabi balik dari peperangan itu, Nabi bertanya siapa yang tak ikut aku pergi berperang?.

Jawab 3 orang ini " Kami ya Rasulullah, kami tidak ikut kamu pergi berperang walaupun tiada keuzuran.

Lantas Rasulullah mengatakan nanti hukuman akan datang kepada kamu.

Setelah mereka keluar dari situ, keluar suara mengatakan kenapa kamu tak cakap saja kamu sakit, uzur kamu pergi jujur buat apa, mereka menjawab kalau kami tipu nabi sekalipun, Allah pun dah tahu dulu daripada Nabi. Jadi buat apa kami tipu.

Rasulullah perintahkan mereka bertiga dipulau dengan tidak bercakap bersama mereka walaupun dalam keadaan ramai orang, mereka dijauhkan daripada isteri mereka, keluarga mereka pun diarahkan pindah dari rumah, tinggal lah sorang-sorang dalam rumah tak tahu buat apa.

Cukup 2 bulan, turun firman Allah Swt memuji 3 orang ini, daripada berbuat salah terus Allah memuji sifat kejujuran itu. Allah rakamkan di dalam Alquran dan memuji 3 orang ini. Wahai orang beriman bertakwalah kepada Aku, dan bersamalah dengan orang-orang yang jujur. 

Ayat ini ditujukan khas kepada 3 orang ini, di antaranya adalah Kaab Bin Malik RA, 

Moral: Perlu berpegang dengan kejujuran dan kebenaran walaupun hukuman bakal menanti.

Kisah Jalanan Dotcom

Post a Comment

0 Comments