Kisah Volkswagen Kuning Terowong Menora!

 


Siapa yang biasa jalan ni mereka akan tahu dengan keadaan volkswagen tersebut. Pada tahun 90 an kewujudan Volkswagen kuning ini sering menghantui pengguna lebuhraya plus selatan ke utara, perjalanan highway dari ipoh ke sg perak itu dah cukup rasi oghang peghak kabo. 

Cerita dia macam ni!

Zaman dulu-dulu biasela pakai kereta klasik kan, femes kereta ni jadi pada satu masa seorang perempuan yang memandu volkswagen kuning ini telah berhenti di bahu jalan berdekatan terowong menora  tu untuk menyejukkan enjin. Kejadian berlaku jam 11.00 malam sehinggala berlarutan enjin kereta itu langsung tak boleh hidup. Jam dekat 1.30 pagi hanya kereta dan lori berdesus-desus hanya kedengaran. "Tapi mengapa aku taknak call plus atau tahan kereta" gelak aku masa tu. Takpala mungkin enjin kereta ni masih panas kejap lagi tentu boleh start, aku pun baringla dalam kereta.

2.30 pagi

Sebuah lori balak berhenti berdekatan kereta aku, dan segera menyuluh lampu suluh ke arah aku, mungkin dia ingat aku dalam kecemasan, lantas lori itu terus meneruskan perjalanan mungkin dia ingat aku takda apa-apa. Tapi pelik diorang sanggup tak datang dekat aku tanya, rata-rata semua hanya melepaskan pandangan ke arah aku saja, takpala aku positif malam-malam mungkin orang taknak kena samun rompak ke kan! 

Sejarah kereta volkswagen kuning 

Orang tua-tua kata kalau nampak jangan potong nanti dia akan potong kau balik, lantaklah kereta kau mercedes S600 sekalipun dia dapat potong kau balik. Tapi kenapa mesti ada sebab kan?.

Sambung...jam dah tunjuk pukul 3.00 pagi tapi aku masih takdapat start kereta aku ni. Aku cadang nak balik jalan kaki je, arghh lantaklah. Aku takpaham kenapa aku begini, aku tak tenang, kenapa orang taknak tolong aku! Biarlah aku bawa diri, aku tinggalkan KORANG kereta aku ni la.

Itu ringkasan cerita..

Menurut penduduk tempatan sebenarnya dulu pemandu wanita itu telah dirogol dan mayat dia dicampak sekali kereta ke dalam gaung bersebelahan terowong menora tu. Jadi rohnya tak tenang sering menganggu pengguna jalan raya di sini. Sebenarnya lori kereta yang berhenti tu tak nampak pun wanita tu, yang diorang nampak hanya kereta sahaja, sebab tu la sapa yang pernah dihantui volkswagen tu, hanya nampak kereta, tapi tiada orang di dalam. Maksud aku tinggalkan korang kereta ni, dia bersumpah aku akan ganggu manusia di sini dengan keretanya. Laporan cctv plus dulu pun pernah terlihat kelibat kereta dalam cctv dia melalui masuk terowong tapi tak keluar-keluar dari terowong terus hilang.

Zaman bertambah zaman penduduk di situ cerita makin lama makin tak dengar sudah cerita itu, orang tua kata biarla dia dah tenang.

Jadi antara sebab mengapa lebuhraya ipoh ke kuala kangsar ni sering banyak berlaku kemalangan korang describe la sendiri ya.

Apa pendapat korang semua?

Kisah Jalanan Dot Com

Post a Comment

0 Comments