Klang: 3 Daripada 4 Orang Didakwa Mer0g0l Dalam Alphard

Kejadian pada 11 Februari 2010 


3 daripada 4 orang di dakwa dan kemudiannya di dapati bersalah merogol seorang wanita beranak 7 pada 11 Februari 2010. Dia yang sedang berjalan menuju ke kilang tempatnya bekerja melihat seorang lelaki berdiri di sebelah kereta yang bonetnya terbuka. Tiba-tiba lelaki itu berlari ke arahnya dan mengheretnya masuk ke dalam kereta. 

Di dalam kereta, dia di perlecehan dengan teruk. Tudungnya di cabut dan bajunya direntap. Mangsa kemudiannya di rogol, di liwat dan paling jijik kepalanya di dongakkan kemudiannya di tuang arak ke dalam mulutnya. Alphard di pandu keliling Klang, sementara dia di dalamnya di layan seperti binatang. Rayuannya supaya di lepaskan, mereka perlekehkan. Seolah-olah, mereka sedang berparti bertemankan linangan air mata wanita itu. Selain di rogol, di liwat dan di paksa melakukan seks oral, duit mangsa turut di keluarkan dari ATM. 

Seterusnya, mangsa dibawa ke dalam semak berdekatan Jalan Kebun Nenas 2H/KS7, Bandar Putera Klang. Sekali lagi mangsa di kendurikan di situ bahkan dia turut di pukul sehingga mulutnya terkoyak. Mengikut keterangan di mahkamah, seorang daripada 4 suspek iaitu pemandu kereta Alphard mengaku yang dia tidak merogol mangsa tetapi memaksanya melakukan seks oral. Selepas mangsa dikerjakan hampir lunyai, pelaku tidak membiarkannya sebelum pergi. Mereka merodok kemaluannya dengan dahan pokok sebesar lengan wanita, dan kemudiannya barulah mangsa yang sudah tidak sedarkan diri di tinggalkan. 

Menurut mangsa, dia tak ingat berapa lama dia pengsan tetapi apabila dia sedar, dia sudah tidak mampu untuk bangun dan berdiri. Dia keluar dari kawasan semak itu dengan cara merangkak sehinggalah dia menjumpai satu parit kecil dan ada titi kayu. Mangsa melalui titi itu juga dengan cara merangkak tetapi malangnya dia terjatuh ke bawah dan ketika itu, barulah dia menyedari yang ada sesuatu di dalam kemaluannya. Walaupun terkejut, mangsa menggagahkan diri untuk menarik keluar dahan tersebut. Darah keluar membuak-buak dari kemaluannya dan ini menyebabkan dia pengsan serta merta. Akhirnya wanita itu di selamatkan oleh penduduk yang menemuinya.

Nota : Kerana tusukan dahan kayu itu, mangsa terpaksa menerima 10 jahitan di kemaluannya. 

Bersambung di bawah gambar---


Keempat-empat suspek ini berjaya ditangkap selepas ada mangsa culik yang lain membuat aduan terhadap nombor plat kereta suspek. Ceritanya beberapa sebelum itu, mereka cuba menculik pelajar sekolah. Pelajar itu sudah pun berjaya ditarik ke dalam alphard tetapi dia berjaya meloloskan diri dan kemudiannya menghafal nombor plat kereta tersebut. Mereka ditangkap atas kes cubaan menculik dan kemudiannya didapati terkait dengan kes yang di report oleh seorang mangsa rogol.

Seorang daripada mereka telah mengaku bersalah atas kesalahannya pada tahun yang sama. Dia mengaku yang dia memaksa mangsa untuk melakukan seks oral dengan cara memasukkan alat sulitnya ke dalam mulut wanita malang itu. Dia seterusnya menjadi saksi pendakwaan dalam kes rogol ini. Akhirnya pada 30 Mei 2013 Hakim Ahmad Fairuz Mohd Puzi menjatuhkan hukuman ke atas ketiga-tiga tertuduh iaitu Y.K Gajehindran (eksekutif akaun), J.T Malvin Isaac (Penghantar Surat) dan P.Aravinthiran (Pelajar kolej) dengan 28 tahun penjara beserta sebatan antara 14 dan 20 kali.

Aku tak dapat info hukuman seorang lagi suspek yang awal-awal dah mengaku salah tu. Dia mengaku salah pada tahun 2010. Selain dia jadi saksi pendakwaan dikatakan dia turut menemui suami mangsa dekat mahkamah untuk meminta maaf dan bersalaman, suami mangsa ketika itu dilihat tersandar menangis di tepi dinding. "Katanya saya marah sangat marah dan sakit hati tetapi kita orang Islam. Apa nak cakap lagi bila orang yang rogol isteri awak dan hampir buat isteri awak mati datang bersalam dan meminta maaf?"

Manakala mangsa yang hadir ke mahkamah memberitahu, selepas kejadian ngeri itu, dia berkurung di dalam rumah selama setahun setengah kerana mengalami trauma teruk. "Saya malu untuk keluar dari rumah, bibir saya terkoyak kerana dibelasah, saya terpaksa minum menggunakan straw selama dua minggu dan mengalami kesukaran untuk makan. Apa dosa pada mereka sehingga mereka sanggup memperlakukan saya seperti binatang?" 

Paling sedih, wanita berusia 38 tahun itu mendakwa yang dia mengalami masalah untuk melakukan hubungan intim dengan suaminya selepas insiden itu. Hmm 😔

Sumber Imej: Utusan dan Dang Anum


Post a Comment

1 Comments

  1. Ni lg cm bintanang xde otak..14tahun btl2 xsepadang ngn kes yg di wt.
    Paling aku xblh time dayan kayu tu..Ya Allah jauhkan la sume ni pd fmly n ank istri ku Ya Allah..

    ReplyDelete