(Laporan Terkini Covid 19): 2 Kematian Dicatatkan Hari Ini!

Kenyataan Kementerian Kesihatan Malaysia


PUTRAJAYA, 12 Okt  – Dukacita dimaklumkan terdapat dua lagi mangsa korban jangkitan COVID-19 dilaporkan hari ini, menjadikan jumlah kematian meningkat ke 159 kes.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Datuk Seri Dr. Noor Hisham Abdullah memaklumkan, kedua-dua kes kematian terkini itu melibatkan wanita.

“Kes kematian 158 adalah kes ke 15,947 melibatkan seorang wanita berusia 85 tahun yang ada latar belakang penyakit darah tinggi, jantung dan paru-paru kronik. Beliau meninggal dunia di Hospital Tawau.

“Manakala kes kematian ke 159 adalah kes 15,948 juga melibatkan wanita berusia 48 tahun dan meninggal dunia di Hospital Tuaran,” katanya dalam sidang media perkembangan COVID-19 hari ini.

Sumber: KKM

Post a Comment

0 Comments