Nigeria Sedang Berlaku Rusuhan Besar-Besaran Oleh Rakyat - BBC NEWS

Pray for Nigeria (#Endsars) - The Special Anti-Robbery Squad)


Selasa 20 Oktober 2020 

Sejumlah rakyat dilaporkan telah ditembak berikutan kejadian tunjuk perasaan semalam 4.00 petang waktu Malaysia. Kerajaan Nigeria telah mengumumkan beberapa tempat diarahkan perintah berkurung akibat kekacauan itu. Pemprotesan ini berlaku kerana skuad polis anti rompakan khas telah membunuh, menyerang secara kejam dan haram pada 11 Oktober lepas.
Semalam Selatan Edo telah diarah perintah berkurung awal setelah para pegawai dan dua balai polis telah diserang rakyat dengan membakar kereta dan mencuri peralatan polis.
Tunjuk perasaan itu dimulakan dengan seruan agar unit polis Pasukan Anti Rompakan Khas (Sars) dibubarkan. Presiden Muhammadu Buhari telah membubarkan unit itu sebelum ini tetapi para penunjuk perasaan tetap meminta lebih banyak perubahan dalam pasukan keselamatan yang dijalankan di negara itu.
"Ada laporan penembakan ketika tunjuk perasaan di pintu tol Lekki dan Konsulat AS di Lagos mengumumkan akan tutup pada hari selasa dan rabu". Ketua Polis Nigeria Mohammed Adamu memerintahkan para pegawai mengawal rusuhan bagi mengakhiri demonstrasi ini yang semakin ganas sejak dua minggu. Adamu menyatakan dalam satu kenyataan bahawa Pasukan Bergerak Polis (PMF) diperlukan bagi melindungi nyawa dan harta benda negara itu.
Pada hari Isnin, perusuh telah menyerang polis di daerah Yaba di Lagos, memusnahkan kenderaan polis dan mengejar pegawai, selain itu perusuh membuat sekatan jalan raya dan mengenakan bayaran kepada pemandu kenderaan. Laporan menyatakan keganasan berlaku juga di Daerah lain.
Sumber: BBC News

Post a Comment

0 Comments