Penduduk Kampung Diserang Semangat Hantu Phi Pob!

Samui Times melaporkan


Para Pegawai Pasukan Polis Diraja Thailand telah dipanggil untuk melakukan misi penghancuran hantu di timur Thailand, di mana hantu wanita jahat dilaporkan telah menyebabkan penduduk kampung ketakutan selama berbulan-bulan.

Sepasukan polis telah dihantar ke sebuah kampung di wilayah Amnat Charoen untuk menangani hantu itu yang dikenal sebagai "Phi Pob", menurut penduduk kampung semangat hantu itu telah membunuh empat ekor lembu dan menyebabkan empat pegawai polis sempadan jatuh sakit, lapor media Thailand Khaosod.



Wanita Cantik Dirasuk

Ketua kampung telah memanggil polis untuk membantu orang awam bagi mencegah kepanikan dan meningkatkan keyakinan penduduk kembali dalam menjalani kehidupan seharian. 

Polis telah membuat rondaan mereka untuk menghilangkan semangat hantu Phi Pob itu, penduduk kampung percaya bahawa Phi Pob yang menyerang mereka. Sejarah hantu Phi Pob itu dipercayai memiliki kemampuan untuk merasuki manusia dan mendatangkan malapetaka di seluruh desa.




Pada tahun 2016, tiga individu dilaporkan dirasuk Phi Pob yang mana hantu itu memaksa untuk bertelanjang di atas mata pisau, semangat itu juga disebabkan oleh sikap penduduk kampung yang mengamalkan kepercayaan karut dengan memuja patung bagi menghalau gangguan orang luar (dengki). 




Menurut surat khabar Thailand Samui Times, semangat hantu Phi Pob itu dikenal dengan bentuk 'monyet hitam' yang suka menjilat dan menghisap jari-jari kaki orang tidur. Hantu itu digambarkan sebagai hantu yang paling ditakuti di negara ini. Semangat itu juga dikatakan suka mengambil jasad wanita cantik dengan memukau mangsanya "sering terlihat dengan gaun panjang untuk menyembunyikan diri bahawa dia memiliki bentuk badan yang rendah".

Monyet Hitam


Kisah Jalanan Dot Com

Post a Comment

0 Comments