Resepi Tempeyek Moden Marvelus Ikan Bilis Dan Kacang Yang Banyak

 


Tempeyek bubuh kacang dan ikan bilis banyak baru best !

(Tempeyek /Rempeyek)

🌹1 paket kecik tepung beras cap 3 gajah

🌹1/2 cawan tepung ubi

🌹4 1/2  cawan air

🌹1-2 biji telur gred c/d

🌹2 sudu teh garam

🌹Perasa secukup rasa, pak aji(pilihan)

🌹2-3 sudu besar air kapur

(Bahan kisar)

🌷Ikan bilis/udang kering/🌷udang geragau 1/2 cawan... Pilih salah 1

🌷3 sudu makan penuh ketumbar(biji rempah) 

🌷2 sudu makan jintan manis

🌷4 ulas bawang putih

Hiasan

🌷500g kacang tanah cuci dan keringkan(saya masukkan dalam oven dalam 1/2 jam @ sehingga masak) 

🌷Ikan bilis (kopek n panggang dalam oven sehingga garing) 

(Cara-Cara)

👉🏻Kisar bahan kisar dengan 2 cawan air... 

👉🏻Satukan bahan kering, air kapur, telur, perasa n bahan kisar

👉🏻Kacau sebati masukkan baki air 2 1/2 cawan tadi sikit demi sikit sampai dapat tekstur yang cantik 

👉🏻Perasakan dengan garam

👉🏻Panaskan minyak n goreng guna acuan / sirai/curah tepi kuali

(Tambahan, pilihan)

❤️Saya tambah 2 sudu besar jintan putih, 8 helai daun limau purut(gunting nipis) 🟢Kacang tanah n ikan bilis basuh bersih n sejat airnya🟢(Saya xbakar saya goreng mentah gitu je guna api slow sampai rempeyek/tempeyek garing kekuningan) 

❤️Penggunaan garam n perasa tu boleh kurangkan ikut selera ye

❤️Sebab kalau dah blender ikan bilis/udang kering/udang geragau ni dah masin. 

❤️Goreng deep fry ye (Minyak banyak) 

❤️Acuan celup dalam minyak dan biar panas baru tuang sikit adunan n tabur kacang n ikan bilis

❤️Kalau xda acuan, Curah/sirai adunan tepi kuali 

❤️Sambil curah² minyak ke kuali sampai rempeyek/tempeyek tanggal sendiri

❤️Hati- hati minyak panas

----Selamat Mencuba----

Kisah Jalanan Dot Com

Post a Comment

0 Comments