Alhamdulillah Kalau Betul Kerajaan Dapat Beri Pengeluaran RM10,000 One-off, Rakyat Bersyukur!

 


Seperti yang rakyat tahu pada 6 november lepas selepas pembentangan bajet 2021:

-Golongan isi rumah berpendapatan RM2500 ke bawah dapat BPR RM1200

-Golongan isi rumah berpendapatan RM2500 ke atas dapat BPR sebanyak RM800

-Yang mempunyai dua orang anak ke atas RM1800 

Jadi serba sedikit dapatlah kerajaan beri bekalan kepada mereka yang terjejas kesan dari wabak pandemik ini pada tahun hadapan.

Namun, ucapan Menteri Kewangan tentang pengeluaran caruman akaun 1 KWSP secara bersasar sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan tidak memenuhi citarasa rakyat, rata-rata rakyat mahukan pengeluaran sebanyak RM10,000 secara one off dari akaun 1 itu. Antara sebab mengapa rakyat mahukan sejumlah itu kerana memperlihatkan keadaan sekarang yang memerlukan sebagai wang kecemasan, mereka juga mengatakan saat inilah kita berpeluang merasa duit sendiri tanpa berhutang lagi. Berikut antara desakan rakyat kepada kerajaan yang ingin mengeluarkan RM10,000 secara one off:

"Sebab pandemik je kalau tak kami taknak pun keluarkan"
"Pengeluaran perlu secara one-off supaya dapat menyelesaikan 
banyak perkara, macam saya ibu tunggal anak 7 orang perlu banyak fikir perkara"

"Saya syorkan bagi syarat pengeluaran tidak melebih RM10,000 dalam satu masa, dan hanya kepada sesiapa perlukan modal perniagaan, disertakan kertas kerja"

"One-off better sebagai modal tambahan, 
ianya untuk survive bukan berseronok"


"Setuju pengeluaran RM10,000 kerana kehilangan pekerjaan, 
yang mana banyak duit tu tak perlu cakap banyak halang 
kerajaan untuk keluarkan duit"

"Setuju pengeluaran RM10,000 one-off tapi bukan buat 
bayaran tertunggak seperti bil-bil dan seumpamanya"

"Saya setuju dengan pengeluaran RM10,000 kerana 12 bulan itu 
tempoh yang agak lama, dapat selesaikan banyak masalah"



Selepas kerajaan membentangkan bajet belanjawan 2021, kini wakil rakyat mendengar keluhan rakyat sentiasa memberi cadangan kepada kerajaan kita perlu mengikut situasi, jika wabak ini kesnya terus meningkat sehingga tahun hadapan perlulah kerajaan pertimbangkan pengeluaran caruman KWSP akaun 1 secara one off sebanyak RM10,000 tetapi dengan kadar bersyarat:

1) Pengeluaran i-lestari akaun 2 habis digunakan sebanyak RM6000 

2) Jumlah wang pencarum yang ada di akaun 1 berapa banyak

3) Rakyat berpendapatan gaji bulanan bawah RM2000 

Jadi kalau betullah ura-ura mengatakan kerajaan perlu melihat situasi wabak ini dahulu, kemungkinan rakyat berpeluang menikmati pengeluaran akaun 1 KWSP jumlah yang mereka mahu nanti.

Amaran: Masih dalam cadangan kerajaan dari semasa ke semasa.











Post a Comment

0 Comments