Bagi mereka yang menjaga waktu makan kerana gastrik, ini sebab jangan amalkan!

 


Waktu-waktu makan sebenarnya ada tuntutan dalam agama yang kita tidak boleh langgar.

Dari masa bangun tidur pukul 5 pagi - 7 pagi waktu ini sangat sesuai untuk kita membuang, kerana usus besar kita bekerja, mesti disiplinkan diri untuk buang air besar, jika tak penyakit akan berkumpul.

7-9 pagi wajibkan diri bersarapan, jika tak metabolism badan akan turun mendadak, sebab tu kadang-kadang orang sarapan lewat lepas pukul 9 pagi berat badan naik mendadak walaupun sehari sekali.

9-11 pagi organ limpa bekerja elakkan makan pada waktu ini. 11- 1 tgahari jantung bekerja secara optimum, elakkan bekerja berat, sebaiknya rehat dan tidur seketika, serangan jantung kerap jadi pada waktu ini.

Pada waktu ini jam 1 tghari eloklah makan tengahari, di sini ada 6 tips jangan amalkan selepas makan, jika amalkan gastrik boleh berlaku, kanser, berat badan menaik, kembung perut dan lain-lain. 

1) Jangan merokok selepas makan kerana pakar membuktikan bahawa merokok selepas makan adalah sama seperti merokok 10 botang, oleh itu kemungkinan menghadapi kanser sangat tinggi.

2) Jangan makan buah selepas makan serta merta, kalau boleh jarakkan masa 1-2 jam untuk makan buah selepas makan, ini adalah untuk mengelakkan masalah perut mengembung dengan mudah.

3) Jangan minum teh selepas makan kerana teh mengandungi asid yang tinggi, dia boleh menyebabkan protein dalam makanan menjadi keras dan sukar untuk dihadam.

4) Jangan mandi selepas makan. Kerana dia boleh meningkatkan aliran darah ke tangan, kaki, dan badan jadi menyebabkan proses penghadaman menjadi lemah.

5) Elakkan brjalan selepas makan, orang selalu kata berjalan la selepas makan 100 langkah boleh hidup hingga 99 tahun sebenarnya salah, berjalan akan menyebabkan sistem pencernaan tidak dapat menyerap nutrisi.

6) Elakkan tidur selepas makan, dia boleh menyebabkan proses pencernaan kita tidak stabil, ia akan membawa kepada gastrik dan jangkitan dalam usus kita.

6 tindakan ini wajib kita elak kalau sayang dengan badan kita ya. Sebelum tu kita cuba amalkan adab-adab selepas makan mengikut Imam AlGhazali: 

1) Berhenti makan sebelum kenyang

2) Menjilat jari

3) Membasuh tangan

4) Berdoa

5) Mengeluarkan makanan yang terlekat pada celah gigi

6) Banyak bersyukur kepada Allah swt

7) Beristighfar agar diampunkan Allah swt andai ada unsur syubhah pada makanan. 

Selamat beramal, jangan lupa share pada mereka yang tersayang.

Post a Comment

0 Comments