(Belanjawan 2021) 6 Nov-Jangan Lupa Guys Catat Nota, Time Pandemik Ni Kena Bijak, Ada 4 Tema Utama Kerajaan Tumpu!


Sempena belanjawan 2021 yang akan dibentangkan hari jumaat ini, akan merentasi empat tema utama 

1) Mengambil peduli terhadap rakyat
2) Memacu ekonomi
3) Kehidupan yang mampan
4) Menambahbaik penyampaian perkhidmatan awam

Tema pertama mengambil peduli terhadap rakyat kerajaan menekankan mengenai Pakej Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat (PRIHATIN)  dan Pelan Jana Semula Ekonomi Negara (Penjana) bagi melindungi dan memperkasakan rakyat. Take note, jangan nanti-nanti cuba, disini ada saluran dana yang diperuntukkan kerajaan bagi rakyat dari segi bantuan kewangan dan bantuan perniagaan. Make sure tahu syarat-syaratnya. Berikut beberapa tips kena sediakan:

1) Ada suruhanjaya syarikat malaysia (ssm),
2) akaun bank simpanan/semasa
3) proposal perniagaan 

Mana tahu kan, time wabak ni ada rezeki kita, kerajaan sedang melaksanakan kitaran pertumbuhan ekonomi dalam negara yang sedang jatuh, bagi mana-mana yang kehilangan kerja, mahupun surirumah yang ingin membantu keluarga boleh standby. 

Kehidupan yang mampan, strategi ini boleh fikir untuk long term, harga rumah jatuh, harga kereta maintain, untuk return investment dah tentu rumah boleh pulang balik duit sebagai contoh emas la. Untuk rakyat ingin memiliki rumah pertama time covid19 ni la harga rumah ada diskaun, interest rate jatuh, boleh grab cepat. Rumah flat lama pun jadi 30ribu-60ribu harga siap 3 bilik lagi, pandai cari jer, nak sewa rumah rm300 sebulan pun ada, cari je. Nak tukar kereta nanti dulu, sebab anda dalam situasi wabak, takkan nak tambah hutang/komitmen sedangkan kita nak release atau reduce apa yang patut, melainkan ia menjadi satu keperluan besar dalam hidup anda sebagai contoh kena beli motor untuk ride food panda, ia digalakkan. 

Kekosongan jawatan bertambah, disebabkan wabak melandalah kerajaan meneliti dan melihat banyak kekurangan tenaga pekerja di jabatan-jabatan tertentu, sentiasa update jangan terlepas peluang ya. Time2 covid ni la, tengah ada masa ada tenaga kena kerja keras, usaha lebih, simpan wang, labur wang, jangan buang masa, kerja la dimana sahaja janji halal, yang dah kerja jual lah barang sampingan even harga kerepek rm1, tengok harga minyak sekarang turun, satu liter seringgit lebih dapat jual 10 kerepek dapat cover duit minyak 3-5 liter sehari. Cakap memang mudah kan, ya memang mudah cuba kita apply dalam hidup dah tentu lagi mudah kan, sekarang kena bijak cek. 

Syarikat-syarikat gergasi dorang ada rantaian support dana dari kerajaan, korang jangan terlampau kesian, kesiankan diri dulu, even syarikat cinema tak de pelanggan pun tunggu dorang ada support, syarikat penerbangan tak beroperasi pun tunggu dorang ada support. Untuk golongan marhaen macam kita ni macam mana?? Yes kita kena support kita ajela, bantuan kerajaan jangan berlagak tak ambik, ambik je.

Artikel ini disediakan bagi golongan tengah-tengah dan bawah-bawah. Harap maklum #kitajagakita #staysafe #staystrong 

Kisah Jalanan Dot Com

Post a Comment

0 Comments