Berita Baik: Sapa Yang Kehilangan Pekerjaan Dan Masih Bekerja Tapi Gaji Terjejas Pada Tahun 2020


Seperti sedia maklum, kita tahu ramai rakyat kehilangan pekerjaan pada tahun ini dan juga pendapatan bulanan yang terjejas ekoran wabak pandemik Covid19, di sini ada bantuan kerajaan untuk mereka yang mengalami masalah tersebut supaya dengan ini serba sedikit dapat meringankan beban mereka.

Teks ucapan YAB Tan Sri Dato Haji Muhyiddin Bin Mohd Yassin Perdana Menteri

"Hari ini saya ingin membuat satu pengumuman penting berhubung bantuan penangguhan bayaran balik pinjaman atau moratorium bayaran pinjaman. Ini adalah antara langkah yang diambil oleh kerajaan di bawah Pelan Rangsangan Ekonomi Prihatin Rakyat atau PRIHATIN yang bertujuan untuk melindungi rakyat, menyokong perniagaan dan memperkukuh ekonomi". 

" Sejak berkuatkuasa pada 1 April yang lalu, moratorium bayaran pinjaman telah sedikit sebanyak membantu rakyat dan perniagaan ekoran terhentinya hampir kesemua aktiviti ekonomi dalam usaha memerangi penularan wabak COVID-19. Menurut data daripada Bank Negara Malaysia, sehingga 20 Julai 2020, lebih 7.7 juta peminjam individu atau 93 peratus daripada kesemua peminjam telah mendapat manfaat daripada moratorium bayaran pinjaman yang bernilai RM38.3 billion".

"Oleh itu, saya telah berbincang dengan Menteri Kewangan dan Gabenor Bank Negara untuk mencari jalan penyelesaian kepada masalah yang dihadapi oleh sebahagian daripada saudara-saudari yang masih memerlukan bantuan selepas tempoh moratorium berakhir. Jadi, pada hari ini saya dengan sukacitanya ingin mengumumkan bahawa Kerajaan Perikatan Nasional telah bersetuju untuk melaksanakan Lanjutan Moratorium dan Bantuan Bank Bersasar yang lebih berfokus khusus untuk golongan yang benar-benar memerlukan iaitu:

1) Pertama, bagi individu yang kehilangan pekerjaan pada tahun 2020 dan masih belum mendapat pekerjaan baharu, anda akan menikmati moratorium lanjutan bersasar untuk tempoh 3 bulan. Selepas 3 bulan, tempoh moratorium boleh dilanjutkan oleh bank-bank bergantung kepada situasi individu masing-masing; dan

2) Kedua, bagi individu yang masih bekerja tetapi gaji mereka terjejas atau berkurangan akibat COVID-19, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan selaras dengan kadar pengurangan gaji, bergantung kepada jenis pinjaman. Contohnya, bagi pinjaman perumahan atau pinjaman peribadi, bayaran ansuran bulanan akan dikurangkan pada kadar yang sama dengan pengurangan gaji. Bantuan ini adalah untuk tempoh sekurang-kurangnya 6 bulan dan lanjutan boleh diberikan tertakluk kepada keadaan gaji semasa individu berkenaan.

Ini serba sedikit dapat membantu rakyat yang mengalami masalah tersebut dalam ketegangan rakyat mengharapkan kerajaan meluluskan pengeluaran KWSP akaun 1 sebanyak RM10 ribu atau 10% daripada jumlah akaun 1.

MediaTerkini


Post a Comment

0 Comments