Berita Penting: KWSP Dibuka Semula, Boleh Buat Temujanji Di Online


KWSP akan menyambung semula perkhidmatan tertentu cawangannya di Lembah Klang (kecuali Kajang), negeri Sabah (Kecuali Tawau) WP Labuan dan Nilai bermula Isnin, 2 November 2020, dari 9 pagi hingga 2 petang pada hari bekerja. Walau bagaimanapun, cawangan KWSP Tawau hanya akan dibuka semula pada 4 November 2020.

Ahli yang ingin berurusan di kaunter, perlulah membuat Janji Temu Online dahulu di https://www.kwsp.gov.my/en/janjitemu

Kami sedang mengambil pendekatan berjaga-jaga berikutan peningkatan kes COVID-19 di seluruh negara. Sebarang kesulitan yang timbul daripada pengurangan perkhidmatan ini adalah dikesali, namun kesihatan dan keselamatan ahli serta majikan yang hadir di cawangan KWSP setiap hari daripada pelbagai lokasi perlu menjadi keutamaan. Untuk maklumat lanjut, ahli-ahli boleh menghubungi Pusat Pengurusan Perhubungan KWSP di 03-8922 6000 ataupun rujuk kepada laman web KWSP di www.kwsp.gov.my.

Amalkan langkah-langkah pencegahan COVID-19. Utamakan keselamatan kerana ia tanggungjawab kita bersama.

Sumber: KWSP

Post a Comment

0 Comments