Blueberry Cheestart - Azura Hamid


Petang ni kalau minum teh dengan Blueberry Cheestart sedap juga kan! Best kalau cheestart jadi gebu dan montok. Alhamdulillah berjaya. Jalan-jalan makan hari berkongsi resipi daripada Azura Hamid cara-cara nak buay Blurberry Cheestart. Jom ikuti: 

Ramuan

-500 g cream cheese

-1/2 cawan gula aising

-1/3 cawan butter

-3 sb telur

-1 sk essen vanilla

-Blueberry jam

Langkah-langkah

1) Mix cream cheese, gula aising dan butter sehingga warna bertukar putih

2) Masukkan telur dan essen vanilla. Mix dalam 5-6 minit.

3) Adunan cheese tart dah siap kan. Then, piping kan blueberry jam dalam tart shell

4) Then, piping kan adunan cheese tart. Nak dapatkan cheese tart montok, adunan kena kental dan tak cair. Cara piping juga dengan cara tarik tinggi ke atas

5) Bakar pada suhu 160C selamat 10 minit. Sentuh cheese dengan jari. Kalau tak melekat di jari, tandanya cheese tart dah masak.

6) Kalau nak deco guna cream cheese, selepas masak cheese tart, biar sejuk seketika. Kemudian deco, dan bakar semula dalam suhu 160C selama 7 minit.

7) Then, tadaaa dah siap!! Sejukkan dulu sebelum makan. Barulah cheese tu rasa kental. Kalau makan time panas-panas, cheese cair. Kurang kick 😂

8) Selamat Mencuba

Foto dan Resipi Azura Hamid

Post a Comment

0 Comments