Kenapakah Pengeluaran Caruman Daripada Akaun 1 KWSP Secara Bersasar?


Secara matematik, jika dibuat perkiraan peruntukan bagi pengeluaran wang sebanyak RM10 ribu kepada 3 juta pencarum bersamaan RM30 billion diagih begitu sahaja. Untuk mendapatkan jumlah sebanyak itu akan mengambil masa 4 tahun 2 bulan jika setiap individu mencarum RM200 sebulan, baru dapat menyimpan sebanyak RM10 ribu, itu paling minimumlah basic gaji di negara ini. 

Menurut pakar ekonomi, dalam negara menghadapi wabak pandemik covid19 ini, kita perlu bijak dalam tatacara mengurus dan menggunakan wang, kalau kita lihat pengeluaran i-lestari akaun 2 masih lagi berjalan jadi jika ditambah untuk kedua-dua pengeluaran itu sekurang-kurangnya setiap individu sudah memperoleh RM1000 pengeluaran setiap bulan (darab 12 bulan) = RM12 ribu. Oleh itu, jika diteliti kerajaan sedang mengawal perbelanjaan rakyat supaya di saat wabak yang kita tidak tahu bila ia akan berpenghujung mungkin satu atau dua tahun lagi, dapatlah mereka menggunakannya dengan baik. Buat masa ini ia sudah cukup bagi mengurangkan beban rakyat dan masa yang sama pergerakan ekonomi negara tetap berjalan. 

Saya tidak mahu ulas lebih lanjut, kerana ada yang kata jika bawa keluar RM10 ribu sekejap dah habis, yang penting sekarang kerajaan sangatlah mengambil berat pasal anda, Ya duit anda, cuma ia tidak mahu tersasar daripada objektif simpanan di hari tua, kerana wang bersara itulah demi menjamin tampungan hidup apabila tidak mampu bekerja lagi, "katanya.

Bagi saya itu adalah langkah sangat baik kerana rakyat boleh berbelanja dengan secara terkawal di saat kita tidak tahu berapa tahun lagi wabak ini melanda dan di samping kerajaan sentiasa peka dengan masalah rakyat ditambah dengan bantuan-bantuan lain.

Seperti sedia maklum kerajaan telah mengumukan dalam pembentangan bajet 2021 pada hari jumaat 6 november lepas, pengeluaran caruman KWSP akaun 1 ini boleh mula dimohon dari bulan Januari tahun hadapan 2021 selama 12 bulan, Pengeluaran Secara Bersasar sebanyak RM500 sebulan selama 12 bulan dengan jumlah sebanyak RM6000 setiap individu.

Sumber: AgensiKewangan

Post a Comment

0 Comments