Penduduk dihantvi ketukan pintu bertali arus (test s!hir)


Sabak Bernam - 'Seram' itulah perkataan sering kali diucap penduduk yang kami temubual pagi tadi. Penduduk kampung digemp4rkan ketukan tanpa salam sejak 3 hari lepas.

Antara kampung yang diganggu setakat ini ialah Kampung Batu 37, Batu 38, Kampung Tengah dan juga Kampung Banting. Ketukan itu berlaku mulai malam hingga awal pagi.

Seorang penduduk bernama Khairul Anwar Jamsari 36, berkata kejadian berlaku jam 11.05 malam tadi semasa dia berada di dapur.  Apabila dia cuba membuka pintu belakang rumahnya tiada sesiapa pun bahkan pintu belakang rumahnya jarang dibuka kerana terdapat semak tebal. 

Kejadian itu selepas saya baru balik dari meniaga menjual keropok dan burger sementara berehat di ruang dapur saya mendengan ketukan itu, katanya.

Ketukan itu diketuk dengan cepat seolah-olah seseorang ingin masuk rumah cepat, memangla mula-mula tak fikir apa dan kita buka pintu macam biasa tapi selepas buka pintu terasa meremang bulu roma katanya.

Saya menunggu juga ketukan itu lagi dan cuba menghendap melalui tingkap tapi tidak berjaya, seolah-olah benda tu tahu.

Khairul Anwar berkata tidak lama selepas itu dalam jam 12.30 tengah malam dia dikejutkan lagi dengan ketukan pintu tetapi kali ni di pintu bilik air rumahnya.

Kali ni seluruh tubuh saya menggigil dan bulu roma saya tak boleh gambarkan, perasaan takut yang teramat membuat saya ingin keluar dari rumah untuk memanggil jiran.


Tular di facebook penduduk kampung menyatakan pengalaman mereka.


Penduduk lain juga terima nasib yang sama iaitu Nor Azuwa Shaaban 31, termasuk dua adiknya Nur Farzana 22 dan Nurul Farisya 17 yang menetap di Kampung Batu 38. 

Kejadian semalam berlaku semasa dia ingin meninjau pagar rumahnya untuk mengunci tetapi dikejutkan dengan ketukan pintu rumah. Lantas dia berlari terus ke dalam rumah dengan perasaan berdebar-debar.

Dua adiknya juga menyatakan mereka mendengar apa yang kakak mereka lalui, dan mereka bertiga bergegas mengunci pintu satu rumah selepas itu.

Penduduk Kampung Batu 37 Nor Hasiran yang sedang duduk mendodoi bayinya juga terkejut dengan ketukan cepat itu pada jam 11.30 malam tadi, bayi yang baru berusia 4 bulan itu ditidurkan oleh ibunya di ruang tamu.

Pada mulanya saya ingat saudara saya datang pulang dari tempat kerja, tetapi setelah bergegas menjenguk keluar tingkap ternyata tiada sesiapa di luar rumah.

Memang seramlah sebab suami kerja malam, sesetengah penduduk berperndapat ini semua perbuatan menguji s!hir mereka kata Nor Hasiran. 

Pengerusi Majlis Pengurusan Komuniti Kampung Batu 37 Md Nazri berkata dia menerima aduan penduduk sejak 3 hari lepas yang menganggu mereka pada malam hari.

Malah dia juga turut dihantvi perkara seperti itu di rumahnya, barangkali memang semua rumah diketuknya kata Pengerusi penduduk Md Nazri.

Beliau memesan sesiapa ternampak perkara yang berbahaya atau suasana cemas boleh menghubungi pihak polis segera, dan kami juga melakukan tinjaun sejak semalam membabitkan sukarelawan bermula jam 10 malam hingga 3 pagi di kampung ini, katanya.


Antara viral di media Facebook semalam bunyi ketukan:






Cerita seram/psiko Ipoh ajer

Post a Comment

0 Comments