Resipi Ayam cili kering chinese style - 10k share

 


Assalamulaikum, hari ni kak nora nak kongsi resipi viral haritu cecah 10k share! Ya kawan-kawan. Resipi ni simple memang ramai penggemar masakan ayam ni terutama lelaki yang mana nak tambat hati si abang tu boleh la buat kat rumah.

Nama masakan ayam ni adalah Resipi ayam cili kering chinese style yang penting rasa sos ada, rasa cabai ada, pedas pun rasa manis masin pun rasa. 

Ok kita start dengan ramuan di bawah

Ramuan:

-1 mangkuk ayam (dipotong kecil)

-5 tangkai cili kering (gunting 4)

-4 tangkai cili padi (potong kecil)

-1/2 biji bawang besar (potong nipis)

-2 ulas bawang putih (potong nipis)

-2 sm sos cili

-2 sm sos tomato

-2 sm sos tiram

-1 sm tepung gandum

-1 biji telur

-1 sm air asam jawa

-1 tangkai daun kari

Langkah-langkah

1) Sediakan bahan-bahan


2) Telur dipukul sedikit dan tuangkan ke atas isi ayam, masukkan tepung gandum dan gaul seketika




3) Panaskan minyak dan goreng ayam, angkat,tos dan ketepikan.



4) Kurangkan minyak dan tumiskan cili kering dan cili padi, kemudian masukkan bawang besar dan bawang putih dan biarkan sedikit garing.




5) Kecilkan api, masukkan sos cili, sos tomato, sos tiram kacau rata dan masukkan air asam jawa.




6) Akhirnya, masukkan ayam dan potongan bawang jika suka. Gaul sebati dan siap untuk dihidangkan. Saya tidak masukkan sebarang perasa, sudah sedang elok semua rasa dengan tiga jenis sos yang digunakan. 




Perbaiki skill masakan kita mudahan sedap-sedap bila kita makan, "hidup terlalu indah dengan makanan yang hebat"

Selamat mencuba.

Post a Comment

0 Comments