Resipi sambal belacan Kak Nora masam, masin pedas semua cukup, terbaik


Siapa saja tak berkenan dengan sambal belacan mesti terliur, kalau nak makan nasi mesti nak kena ada sambal, baru naik selera makan. Perkongsian kali ini, sambal viral yang sememangnya menjadi kegemaran orang ramai. Jalan-jalan makan kali ini akan menunjukkan serba sedikit resipi nak masak sambal belacan viral. Jom! 



Bahan-bahan: 

-1/2 ketul belacan melaka

-30-50 biji cili api

-1 biji saiz sedang bawang besar

-5-8 biji cili besar 

-10-15 biji limau kasturi

-2 sudu makan gula  - agak-agak

Cara Masak: 

1) Pertama sila panaskan minyak dan goreng sekejap belacan dan bawang besar. Jangan bagi bawang jadi layu, agak-agak nampak bawang macam nak layu terus angkat

2) Kedua masukkan belacan yang dan bawang yang dah siap digoreng tadi bersama cili besar, cili api dan gula.

-Cili tak yah goreng

-Gula tak perlu banyak agak-agak bagi seimbang rasa

-Jangan letak garam sebab belacan melaka dah masin. Boleh ditambah jika perlu sahaja


3) Ketika perahkan limau kasturi anggaran 10-15 biji. Sambal belacan ni tak perlukan hanya guna air perahan limau sahaja.


4) Keempat kisarkan bahan tadi, jika kuantiti sedikit boleh guna lesung batu


5) Kelima semasa kisar gunakan air perahan limau sahaja tidak perlu guna air untuk gerakkan blender ya.

6) Sambal kena rasa pedas, masam, manis dan masin. Rasa dan seimbangkan mengikut citarasa anda


7) Boleh start hidang bersama ulam-ulam ya. 

Resipi Kak Nora


Post a Comment

0 Comments