Selama 24 tahun saya menanti, hari-hari mohon doa akhirnya pada usia 43 tahun Allah bagi saya cahaya mata sulung! Sebaknya


"Bagi saya macam mimpi yelah 24 tahun menanti teringin tengok orang ada anak kita pun nak nangis, inilah ujian aku" - aku terima.

Inilah cerita pasangan ini bernama Fazilah dan suami.

Kelahiran ini sangat bermakna buat mereka, kehadirannya ternanti-nanti tunggu anak pertama akhirnya pada usia cecah 43 tahun baru Fazilah dikurniakan anak pertama dengan berkat kesabaran, tak henti-hentia doa siang malam. Kini tiba masa bermain dengannya.

Menerusi update status Fazilah di Facebook, dia selamat melahirkan bayi perempuan pada 5 jun lalu, tiada sebarang komplikasi dan bayi yang sihat.

Di facebooknya juga, Fazilah berkongsi beberapa keping gambar anaknya dengan meluah rasa syukur, hari ni "saya berkongsi hari kegembiraan dengan anda semua".

Kata Fazilah lagi selama penantian itu, macam-macam usaha kami buat, doa yang tak pernah putus, akhirnya kami redha Allah nak beri kami atau tidak, akhirnya Allah bagi jua, kita tak tahu semua rahsia Allah sama ada cepat atau lambat saja.

Dengan penantian ini Ya Allah selama 24 tahun akhirnya aku terima cahaya mata ini, aku syukur pada mu Ya Allah. 

Ini sangat bermakna buat ku hari ini, dengan kekuatan dan dorongan orang sekeliling aku tekad untuk tempuh 9 bulan dan selamat melahirkan. Ya Allah berikan dia syurmu kerana dia adalah syurga dalam hidupku.

Selama 24 tahun tempoh yang lama pelbagai ujian di tempuhi..Usaha, ikhtiar dan doa dengan penuh pengharapan ..tiada satupun pasangan suami isteri yg telah Allah satukan dlm pernikahan yg sah tidak mahukan zuriat tetapi rezeki manusia itu berbeza-beza.

Sebagaimana kisah Nabi Ibrahim A.S telah berkahwin lama dan tidak dianugerahkan anak ujian yg dihadapi oleh Nabi Ibrahim A.S amat besar disebabkan Nabi Ibrahim merupakan insan yg Allah sayang…tetapi Nabi Ibrahim A.S tidak pernah berputus asa…sebagaimana doa Nabi Ibrahim A.S kpd Allah “Kurniakanlah kepadaku seorang anak dikalangan anak-anak yang soleh …sebagaimana isteri Nabi Ibrahim Siti Sarah memberi keizinan kpd Nabi Ibrahim A.S mengahwini Siti Hajar….dengan harapan agar Nabi Ibrahim A.S mempunyi zuriat…akhirnya Allah memberi zuriat kpd Nabi Ibrahim A.S..

Anak adalah anugerah dan amanah dari Allah. Bagi pasangan yg menanti cahaya mata insyaallah satu hari nanti Allah akan rezekikan utk kita jua …kerana semua atas kehendaknya …

Syukur Alhamdulillah pada hari Jumaat 05.06.2020 saya selamat melahirkan anak perempuan Nur Fasihah Qhadeejah Binti Mohamad…jam 9.58 pagi …. anugerah terindah buat saya dan suami walaupun diusia yg sudah lewat.

Kegembiraan dalam tangisan penantian yg ditunggu-tunggu akhirnya Allah makbulkan …saya juga mengambil kesempatan mengucapkan jutaan terima kasih kpd Doktor K.Anussia Klinik Kesihatan Lawin …semua jururawat ..terutamanya kak zaharaton yg memberi perkhidmatan yg terbaik hanya Allah yg dpt membalas segala kebaikan ….kepada yg bertanyakan khabar…mendoakan yg baik2 utk sy…semoga Allah membalas sagala kebaikan.

Sumber: Fazilah

Post a Comment

0 Comments