Tiada sebarang permohonan melalui pihak ketiga dan aplikasi - Polis dan KWSP

 


Dapat je berita kerajaan meluluskan pengeluaran caruman KWSP rakyat Malaysia terus melompat gembira keriangan. Namun ada juga yang percaya pada berita palsu.

O Media harini membantu Kumpulan Wang Simpanan Pekerja atau nama singkatan KWSP untuk menghebohkan berita palsu itu.

Menurut laporan KWSP, apa yang kerajaan umum itu berita benar tiada masalah, ada sesetengah masyarakat juga hebohkan perkara itu. Tapi yang sayangnya, mereka terlalu desperate atau gelojoh untuk membuat permohonan itu.

Sekarang kerajaan khuatir rakyat mendedahkan maklumat mereka pada pihak ketiga, pergi photostat ic la, daftar permohonan di aplikasi android la, sekali lagi pihak polis dan KWSP ingatkan, KWSP tiada sebarang aplikasi langsung untuk pengeluaran caruman KWSP itu tahun hadapan.

Kerajaan belum umumkan lagi procedure-procedure dia, nanti dulu, bawa bertenang dan bersabar. Kerajaan sedang mempersiapkan sop-sop pengeluaran itu, bila dah siap KWSP akan umukan tak lama lagi.

Setakat ini, tiada pihak ketiga, KWSP tiada melantik mana-mana pihak untuk bekerjasa menjalankan tanggungjawab kami.

Jadi jangan cuba-cuba untuk download aplikasi i-sinar la, My fund la, tunggu saja di rumah dan tenang! 

Pihak polis menyatakan sesiapa yang terlibat dengan scam atau jenayah siber kami tidak akan teragak-agak mengambil tindakan tegas kepada mereka di bawah Akta Seksyen 424 Kanun Keseksaan (Mengalih atau menyembunyikan / membantu mengalih atau menyembunyikan harta sendiri atau orang lain secara tidak jujur atau secara fraud ) .

Post a Comment

0 Comments