"Tolong Jangan Takut Makan Telur"


Kalau dulu-dulu dengar je makan telur dah takut naik kolestrol, terutama yang bahagian kuning tu, tapi dalam kajian terbaru oleh ilmuan dietetik pengambilan dua biji telur sehari tidak akan meningkatkan tahap kolestrol terutama 'kolestrol jahat'.

Kepada mereka yang ada mempunyai masalah diabetes dan kolestrol tinggi, saya cadangkan pengambilan telur sebanyak dua biji berselang hari.

Ingat lagi masa kecil-kecil dulu emak saya siapkan sarapan telur sebelum ke sekolah, adakalanya bersama roti, adakala makan dengan nasi goreng dan juga dalam bentuk separuh masak.

Di sini saya ingin berkongsikan kebaikan makan telur terutama pada anak-anak:

1) Membantu kesihatan mata

2) Membantu percepatkan rasa kenyang dan melambatkan rasa lapar

3) Sumber protein yang sangat baik berbanding daging merah

4) Memberikan tenaga lebih dalam badan dan berkekalan

5) Meningkatkan kebolehan minda bagi anak-anak

6) Menguatkan saraf dan otot jantung 

Telur adalah makanan natural yang membekalkan nutrien yang terbaik. Galakkan mereka mereka/anak-anak mengambilnya dalam menu makanan mereka.

Elakkan pula makanan berproses pada anak-anak.

Selain itu, telur juga baik untuk kesihatan orang dewasa. Sekarang saya nak kongsi sedikit resipi masakan telur oleh Haji Firdaus agar telur sedap dimakan pada waktu pagi.

- 2 biji telur separuh masak

- 1 sudu teh madu

- 1/2 sudu serbuk kayu manis ceylon

- 1 sudu minyak zaitun

Ini akan membuat kita mempunyai tenaga berkekalan hingga pada waktu makan tengahari. 

Selamat mencuba.

Alhamdulillah saya juga amalkan Madu Asli Pergunungan Kyrgyzstan dan Minyak Zaitun Olive setiap hari, berasa lebih sihat dan bertenaga.

DrZubaidi

Post a Comment

0 Comments