5 menu McDonlads paling sedap dan digemari ramai

Mc Donalds merupakan syarikat makanan segera terbesar di dunia. Ia diasaskan oleh dua orang adik-beradik Dick dan Mac McDonald. Restoran pertama dibuka pada tahun 1940 dan memulakan francais pada tahun 1955. Sehingga kini McDonalds telah mencecah 35000 restoran dan terletak di  100 buah negara. Kelebihan McDonalds berbanding restoran lain ialah sistem pengurusan menghasilkan makanan segera yang cepat dan pantas. Pelanggan tidak perlu menggu lama untuk mendapatkan hidangan makanan yang dipesan.


Di Malaysia, terdapat 202 cawangan restoran Mc Donalds  di seluruh negeri. Kenapa makanan McDonalds mendapat sambutan? Ya, sudah tentu dengan menu yang lazat dan sedap! Jom  cek 5 menu tersedap yang korang boleh rasa kat McDonalds. 

1. Burger Spicy Chicken McDeluxe dari RM 12.25

Burger ini mengandungi salad, mayonis dan isi ayam yang disalut dengan tepung pedas dan digoreng sehingga rangup. Isi ayam yang berjus dan berperisa meningkatkan selera sesiapa sahaja yang menikmatinya. Bagi peminat makanan pedas, korang boleh cuba Spicy Chicken McDeluxe.  Kini terdapat Double Spicy Chicken McDeluxe bagi korang yang berselera besar.  Cubalah! Memang padu.

2. Burger Prosperity dari RM 14.14

Burger ini hanya dihidangkan ketika musim tertentu, terutama ketika perayaan Tahun Baru Cina.  Jangan melepaskan peluang untuk mencuba Burger Prosperity. Ia tampil dengan hirisan bawang besar dan daging atau ayam yang dicelup dengan sos blackpaper istimewa. Memang mengancam! Kalau nak, boleh order Burger Double Prosperity pastinya korang dapat double kegembiraan. Nak tahu sedap ke tak burger ni? Dah tentu sedap!! Sebab memang ramai yang cuba cipta sendiri resepi kat rumah burger ala-ala Burger Prosperity ni, tapi ye lah tetap tak sama. 

3. Ayam Goreng Extra Spicy McDonalds dari RM 11.89

Ayam goreng McDonalds bukanlah menu baru. Sebenarnya ayam goreng McD memang dah lama ada kat senarai menu. Tetapi sejak kebelakangan ini, ayam goreng McDonlads telah di beri nafas baru dengan ayam goreng extra spicy McD.  Menu ini seperti bom.  Ia terus meletup dan memikat selera rakyat Malaysia sehingga McDonalds mengeluarkan menu baru yang lebih menguji deria rasa penggemarnya iaitu ayam goreng extra spicy X3.  Menu ini menjadi fenomena di seluruh Malaysia, ramai telah melakukan cabaran atau challenge makan ayam extra spicy McD. Korang dah cuba ke? Fuhh memang merecik. Meleleh air mata!


4. Aiskrim McFlurry dari RM 6.60  dan Sundae dari RM 4.53


Aiskrim McFlurry ini didatangkan dengan pelbagai perisa. Asas ais krim yang lembut, di tambah dengan pelbagai perisa dan tambahan topping yang menyelerakan. Pasti memikat hati peminat ais krim. Terdapat 4 perisa McFlurry iaitu Chocolate Brownie McFlurry, Double Chocolate Oreo McFlurry, McFlurry Teh Hijau dan Oreo McFlurry. Kadangkala McFlurry turut didatangkan dengan pelbagai perisa, mengikut musim tertentu contohnya McDonalds pernah mengeluarkan menu Durian McFlurry. Durian D24 tau! 

Bagi yang berbajet rendah  korang jangan risau. Aiskrim Sundae ada! Mempunyai  2 pilihan perisa iaitu coklat dan strawberry. Korang akan dapat rasa ketulan buah strawberry dalam ais krim sundae. Masam-masam manis. Memang nikmat!. 

5. French fries dari RM 5.19 


Kentang goreng! Siapa yang tak suka. Kentang goreng McD menjadi kegilaan terutama kepada pelajar-pelajar universiti. Struktur kentang yang tidak terlalu keras dan tidak lembut, mencipta peminatnya yang tersendiri. Apatah lagi kalau beli banyak-banyak dan letak kat atas dulang. Tak sedar sembang sambil mengunyah memang licin! 

Tips! Dapatkan Burger Free daripada Mc Donalds

Ikuti langkah berikut: 

Im lovin' it 

Sumber: Wikipedia McDonalds

Post a Comment

0 Comments