Bantuan Persekolahan Tahun 2021

 


Institusi Maiwp menawarkan bantuan persekolahan untuk tahun 2021. Boleh cek syarat dan cara memohon. Moga sedikit bantuan ini dapat meringankan beban keluarga yang tidak berkemampuan, apatah lagi musim covid19 sekarang ni. Moga-moga bermanfaat untuk semua. Berikut syarat dan cara-cara memohon boleh cek ye. 

Bantuan persekolahan Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (Maiwp). Oleh itu keluarga yang bermastautin di wilayah persekutuan Kuala Lumpur, Putrajaya dan Labuan layak memohon.

Syarat memohon

-Beragama Islam

-Warganegara Malaysia

-Bermastautin di Wilayah Persekutuan tidak kurang dari (1) satu tahun dan masih menetap di Wilayah Persekutuan

-Tertakluk kepada pengiraan Had al-Kifayah 

Cara-cara Memohon

-Borang permohonan – (Download borang disini)

-Satu keping gambar pemohon berwarna berukuran passport (menutup aurat bagi perempuan)

-Satu salinan kad pengenalan:

-Pemohon

-Suami

-Isteri

-Anak-anak (tidak termasuk yang telah berkahwin / bekerja). Bagi anak angkat perlu disertakan bersama dengan surat pengangkatan Jabatan Pendaftaran Negara atau disertakan bersama akuan sumpah penjagaan. (Contoh Surat Akuan Sumpah Penjagaan)

-Satu salinan penyata gaji / pencen / PERKESO . Bagi yang tiada slip gaji, perlu mengemukakan surat akuan sumpah pendapatan terkini suami dan isteri yang dikeluarkan oleh Pesuruhajaya Sumpah. (Contoh Surat Akuan Sumpah Pendapatan)



*Bagi di Labuan, pemohon yang tiada slip gaji perlu mendapatkan surat pengesahan pendapatan suami dan isteri yang disahkan oleh ketua kampung

-Satu salinan muka depan buku Bank Islam Malaysia Berhad (BIMB) tanpa kad / akaun bersama pelajar sekolah rendah / buku akaun persendirian bagi pelajar sekolah menengah.

Satu salinan bil utiliti/ cukai pintu rumah yang didiami

Lain-lain dokumen sekiranya berkaitan dengan pemohon, contoh seperti di bawah:

Borang yang lengkap diisi boleh terus dihantar ke kaunter-kaunter Pusat Agihan Zakat, Bahagian Baitulmal Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan di tempat masing-masing. 

*Alamat Maiwp Kuala Lumpur 

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan,

Aras G,1,20,22,

Bangunan PERKIM No. 150,

Jalan Ipoh

Kuala Lumpur

Kuala Lumpur

51200

Malaysia

Phone: 

03- 4047 9444

Fax: 

03- 4044 9444

Sumber: maiwp.gov.my

Post a Comment

0 Comments