N ak Bercuti? Boleh Plan Ke Tempat Ini, Anda D ib ayar 20,000 u sd!

Mc Kamey Manor merupakan sebuah rumah paling seram di dunia. Seram bukan sebab berhantu! Jangan salah faham. Sebab apa paling seram? Jom ikuti kisah rumah ini.

Rumah Mc Kamey Manor terletak di  San Diego Amerika Syarikat yang dimiliki oleh bekas pesara tentera Russ Mckamey. Tujuan rumah menyeramkan ini diwujudkan adalah untuk menguji sejauhmana manusia dapat bertahan bila didera dari segi emosi dan mental. 

Setiap individu yang masuk ke rumah ini akan ditengking, dihina dan dimaki dengan bahasa yang kesat sehingga mengganggu jiwa dan emosi. Mereka juga akan dipukul, ditampar dan dibelasah dengan teruk. 

Paling mengerikan penderaan fizikal yang dilakukan seperti  dirantai, dikurung dalam ruang yang sempit, di rendam dalam air kotor, dipaksa makan serangga dan najis binatang. Paling teruk ada yang ditanam hidup-hidup.

Adakah perkara ini salah? Tidak!! Sebab ia dilakukan atas kerelaan individu. Sebelum masuk ke rumah tersebut. Setiap individu perlu mengisi sebuah borang dan menandatangani syarat- syarat perjanjian yang di tetapkan sebanyak 40 muka surat.  Ini membolehkan pihak Mc Kamey Manor melakukan apa-apa sahaja kecederaan fizikal dan mental seseorang tanpa bertanggungjawab sedikit pun atas apa-apa kecederaan yang di alami. 

Mereka juga turut membenarkan diseksa mental dan fizikal asalkan tidak mati. Maknanya selagi bernafas, seksaan akan diteruskan sehingga masa tamat. Usia yang dibenarkan masuk dalam rumah ini adalah 21 tahun ke atas. Bawah daripada umur tersebut  kena minta kebenaran penjaga atau ibu bapa. 

Apa yang mereka dapat? Kenapa rela diseksa? Mana-mana individu berjaya bertahan selama 8 hingga 10 jam akan mendapat wang tunai 20 000 US Dollar. So memang ramai yang nak masuk rumah ni. Ada yang sekadar ingin tahu teruk sangat ke penderaan tu? Ada juga yang terdesak perlukan duit. Tapi semuanya dilakukan diulangi sekali lagi tanpa paksaan

Ramai pihak mengecam rumah seram ini kerana trauma peserta dan kecederaan fizikal yang dialamai selepas keluar daripada rumah tersebut. Walaubagaimanapun atas perjanjian yang ditandatangani, peserta masuk atas kerelaan sendiri  oleh itu pihak Mc Kamey Manor tidak melanggar undang-undang. Tiada apa-apa yang boleh mendakwa mereka. Dengan kata mudah, penderaan tidak salah asalkan dilakukan dalam rumah Mc Kamey Manor. 

Mengikut carian di Google Mc Kamey Manor masih lagi beroperasi seperti biasa sehingga ke hari ini tetapi telah berpindah ke Tennesse. Paling menarik ia tertulis tourist attraction hahaha korang nak ke melancong sambil kena dera?  Ada yang berani ke nak masuk?

Antara gambar Mc Kamey Manor 








Video peserta diuji

Sumber : Wikipedia Mc Kamey Manor, Sumber Video: Unilad

Post a Comment

0 Comments