Nak Kuasa Camnie Jaga Amalan!

 

Amaran! Kisah ini tidak dituju kepada warung xxx semata2, hanya sebagai pengajaran

Kisah seorang lelaki berumur antara 30-40 sedang minum di warung xxx, sebelum beliau datang dan duduk, di situ memang dah ramai pelanggan sedang menikmati sarapan pagi.

Di sebuah tempat dan lokasi d i r ahsiakan, "macam biasala kami datang nak makan nasi lemak dan pekena kopi o kat tempat biasa, kami berempat rakan niaga kalau masuk pejabat dalam jam 9-10 pagi memang itu dah kebiasaan, jadi sebelum ke ofis di sinila tempat kami generate idea dulu waktu pagi-pagi".

Setiba kami di warung itu, kami ambil meja di dalam kedai maksudnya ngam-ngam di atas kepala kami rolling door zink tu. Macam biasa aku order teh tarik, kawan-kawan lain nescafe la milo la. Ok, di sinila bermula.

Dalam 10-15 minit macam tula  ,kami pun dah terima minuman tapi makanan kami belum sampai lagi, datangla seorang insan, ceh ayat tak boleh blah hahaa, sori-sori aku sengaja menulis lawak santai-santai, ok sambung balik, datangla seorang macam pangkat abang-abang, atau kami fikir sebaya kami, berumur dalam 30-40 macam tu la. So nak jadi cerita, masa dia lalu tu bau wangi la, macam bau haruman orang soleh-soleh, kami syak memang dia subuh di masjid dan terus datang ke warung ni.

Pakaian dia berseluar slack, berbaju t-shirt kolar, nampak kemas la dengan wajah berseri sempag lagi dia senyum ke arah kami tanda sedekah dia la. Kami pun balas juga dengan senyuman.

Ok sekejap, bukan kami nak cerita tu sebenarnya, then makanan kami pun sampai nasi lemak telur mata goyang, roti canai, roti jala bukan makanan aku sorang, makanan masing-masing la.

Ok sambung cerita tadi, lelaki tu kalau dari arah kami macam 3 meter arah timur laut, pukul 2 orang kata. Sedang asik kami bersembang idea itu ini, terjadi satu peristiwa.

Abang tu menerima order dia air kopi o kalau tak salah aku , sebelum dia minum kami tak pandangla biasala ramai kan, bunyi satu gelas kaca pecah macam dibaling di tempat abang tu, sapa yang dengar akan lihatla apa terjadi. "Muka abang tu tergamam melihat orang ramai kami pun tenung ke arah dia juga, rupanya gelas air dia pecah. Kami tak syak sebab air panas kami syak ada sesuatu tapi abang tu terus bayar dan berlalu pergi berjalan tak laju tak lambat.

Yang kami kehairanan air kopi tu still berada dalam pecah belah bawah yang abang tadi sempat pegang tangkai kaca gelas tapi belum sempat minum.

Kami syak minuman dia d i s i hir tapi kami tak cakap punca kedai tu yang m e n y ihir, tapi kami ambil langkah untuk beredar. Dalam kereta sahabat kami menceritakan apa yang dia rasa, memang dari mula-mula lelaki tu sampai dia macam ada satu aura dan bila minum gelas pecah, lelaki tu memang banyak amalan sebelum dia minum mesti dia baca doa s i hir tu dan terjadi di depan kami. 

Di sini hanya nak pesan, sedang asyik orang terkejar-kejar berniaga nak pulun customer mesti ada yang pakai t a ngkai k o tor, nampak luaran kedai bersih tapi dalaman hanya Allah yang tahu dan hamba-hamba yang dikehendakinya untuk dilindungi.

Pesanan kami sentiasa baca la apa-apa selawat ke, doa minta berlindung ke bila makan di luar. Yela mungkin orang kata s a ntau angin, benda tu lalu ngam kena kat abang tu tapi Allah lindung. Maknanya dengan kuasa doa ni la s e njata kita, senjata yang ramai lupa kita ada sampai hari k i amat. Itu sahaja cerita kami berlaku di bandaraya tapi lokasi d i r a hsiakan.

Kat bawah ni aku tinggalkan nota doa untuk korang semua sebelum makan dan minum minta Allah lindung ya.


O Media

Post a Comment

0 Comments