(Video) Nasi Goreng Gangnam Style Digoreng Secara Menari Sambil Lagu Gangnam Style Dimainkan - Chengdu

 


Hahaha! Nak kata lawak tak, tak lawak pun tak, dah menjadi trend penduduk Chengdu melihat aksi para tukang masak dengan melakukan aksi masakan sambil menari. Ini boleh menyebabkan tarikan pelanggan ke kedai mereka - Masyarakat Chengdu.

Seperti kita di Malaysia, owner kedai sendiri akan membuat marketing seperti iklan di tv, selebriti datang review makanan dan itu semua sebagai pelaburan untuk tarikan pelanggan datang ke kedai.

Tapi di Chengdu sebuah wilayah di China, agak mungkin la, sama ada owner restoran cari tukang masak pandai menari ataupun owner kedai itu sendiri menjadi tukang masak dan menari.

Tambahan lagi, kata masyarakat Chengdu untuk memohon pekerjaan tukang masak, majikan akan bertanya pandai menari sambil mengikut lagu ke tidak, jika pandai ia satu kelebihan untuk diterima bekerja di situ.

Baru-baru ni viral di Chengdu, pelanggan boleh memilih nasi goreng apa yang mereka mahu, misal kata pelanggan mahu lagu gangnam style 'Nasi Goreng Gangnam Style' akan dimasak tukang masak sambil lagu gangnam style didendangkan - kata penduduk.

Paling menyeronokkan ada yang memilih lagu sayu titanic dan 'Nasi Goreng Titanic' akan dibuat sambil muzik titanic dibunyikan dan tukang masak akan menari untuk penonton. Part bestnya, orang putus cinta kebiasaanya pilih lagu macam tu sebab kata mereka bila habis saja makan 'Nasi Goreng Titanic'  seseorang tu akan sedih kerana muziknya terngiang-ngiang di fikiran. Cannot brain betulla. Haha

Bila difikirkan balik agaknya ramai yang bunuh diri tu lepas habis makan Nasi Goreng Titanic kot sebab alami depress, jangan main-main woo perasaan mereka ni lain macam.

Apa pendapat korang? Kalau admin pilih lagu pergi tak kembali supaya tengah makan tu rasa insaf sikit. Hahaa. Lihat video di bawah tukang masak ni tengah buat 'Nasi Goreng Gangnam Style'. 

IG Berita Viral Indo - Slide kanan untuk menonton video tukang masak menari sambil menggoreng nasi


Berita viral

Post a Comment

0 Comments