Tabahnya Ibu Ini Kandungan Dah 3 Bulan Bila Doc Scan 'Puan Anak Puan Dah M a ti' - Ilmu Keibubapaan

 


Sejauh mana kita merancang, Allah S. W. T perancang dan Allah S. W. T juga sebaik2 perancang...

Kisah seorang ibu dah menunggu lama menanti saat untuk pregnant, bila Allah khabarkan berita gembira, dia mengandung betapa seronok ibu ini, macam-macam vitamin makan untuk menjaga anak itu, tiba masa untuk scan 3 bulan tak sangka anak dalam kandungan dah meninggal, perasaan ini hanya Allah saja yang tahu, berapa lama lagi aku dan suami mahu tunggu, tapi dia redha dengan kepergian anaknya, sempat bergambar kenangan ini sebelum melakukan pembedahan esok, baca kisahnya..

"Percaya tak yang trah tengah mengandungkan anak yang telah mati dalam perut..rupanya dh seminggu jantung dia terhenti.."

"Baru seronok.. Ha ah ya seronok bukan kepalang bila doc confirmkan dengan ujian darah yang dibuat, it's a girl!! Wah canggihnya..terngiang2 baru tghari tadi sembang dengan doc boleh tak sy nak suami sy masuk..boleh tak itu boleh tak ini.."

"Bahagianya bila doc bagitaw 3bulan ni bby dh develop itu dan ini.."

"Tapi bila tiba waktu scan.. Doc cakap anak puan mati.. Tercari2 doc jantung dia😭😭Allah.. Dh lama kot aku tunggu ni doc..dh lama.. Dh bertahun.. Untuk tahun depan nak tggu dia tiba di dunia pun aku tunggu.. Macam2 vitamin aku makan."

"Ya awal tu aku terkejut dengan suami aku.. 50-50 macam ready tak ready bila dapat taw positif tapi semakin hari kami semakin menerima dan akhirnya tak sabar nak tunggu kehadiran dia.."

"Mahalnya moment ni.. Entah bila pulak dapat merasa.. Sedih.. Menangis kuat macam mana pun takkan dapat kembali.."

"Terima kasih anak untuk moment 3bulan ini.."

"Semoga operation esok berjalan dengan lancar"

"Doakan trah ya!"

Tq husband utk pic nie😘


Warganet rata-rata beri ucapan takziah dan sabar semoga Allah ganti dengan kebaikan lain



KIMM


Post a Comment

0 Comments