Tak sangka wang dituntut masih banyak lagi, ini cara online untuk check wang yang tak dituntut. Sekali klik!

 

Kepada sesiapa yang belum menuntut wang mereka boleh check dahulu sama ada masih lagi punya saki baki ataupun tidak, manalah tahu ada hah! kan rezeki tu.

Kot-kot yang mana terdesak tu, kalau check ada baki duit bolehla buat tuntutan. Sekurang-kurang dapat meringankan beban anda.

Hari ni aku tak sangka, aku check ada duit sebanyak ini, fikir-fikir balik apa yang aku buat dengan duit ni dulu, pelaburan ke? Hehee, 

Tak sangka, macam dapat bonus raya woo, macam mimpi je ada duit sebanyak ni tersimpan dekat akauntan negara. Yelah sebelum ni buat tak tahu je pasal wang tak dituntut ni.

Lepas viral sejak kebelakangan ni, tu yang terfikir nak check. Senang je boleh buat melalui online. Saya ajar cara-cara di bawah: 

1) Layari https://egumis.anm.gov.my

2) Untuk pertama kali, kena register dulu isi semua maklumat yang dia perlukan. Check email klik link untuk verify

3) Log in semula, kemudian masukkan semula maklumat yang diperlukan

4) Masukkan ic, boleh juga check untuk orang lain tapi maksimum boleh check dua nombor ic sahaja

Semoga sharing saya kali ni bermanfaat untuk semua

Post a Comment

0 Comments