(Video) R a k aman t e mpat k e j adian b u nuh dan r o gol wanita di Taman Sri Andalas, Klang.

 

Semalam, 24 disember 2020 pukul 2.05 petang polis menerima panggilan kes bunuh dan rogol di Taman Sri Andalas Klang. Mangsa yang dikenali sebagai Lisa berusia awal 20 an ditemui mati dibunuh, akibat tusukan kaca dibahagian kiri leher mangsa. Mangsa juga dipercayai dirogol sebelum dibunuh. Mangsa yang hanya memakai baju t-shirt ketika dijumpai terbaring di atas tilam. 

Suspek  dari Aceh Indonesia merupakan rakan serumah mangsa bernama Safrizal tinggal bersebelahan bilik dengan mangsa. Mangsa pula sebilik bersama dengan  kakaknya dan seorang kawan.

Menurut sumber daripada faecbook Nur Alifa Dzatil Izzah, kakak dan rakan sebilik mangsa mengakui suspek merupakan penangih dadah dan sudah berkahwin. Isteri suspek pula tiada di rumah semenjak 2 hari lalu. 

Sebelum kejadian, mangsa mengadu lapar dan meminta makanan. Kemudian kakak bersama kawannya keluar membeli makanan di kawasan berhampiran dengan bilik sewa mereka. Lebih kurang 30 minit setelah membeli makanan, kakak mangsa terkejut, melihat mangsa tidak lagi  bernyawa. Darah belumuran di atas tilam.

Dalam video tersebut kakak mangsa ditenangkan  oleh orang ramai. Beliau menangis sambil berkata 'dia (mangsa) meninggal dalam kelaparan'. 

Rakaman video seterusnya, memperlihatkan bilik suspek dan mangsa. Terdapat sebuah tingkap  terbuka di bilik mangsa. Dipercayai, suspek melarikan diri daripada tingkap tersebut. Kemudian melompat ke bawah bangunan, memandangkan bilik sewa tersebut hanya berada di tingkat satu. 




Kini suspek masih diburu polis. Suspek melakukan kesalahan mencuri, merogol dan membunuh. Jika sabit kesalahan suspek akan dihukum dibawah seksyen 302 kanun keseksaan. 

Menurut sumber daripada kakak ipar mangsa yang kini berada di Indonesia, keluarga mangsa telah menguruskan jenazah mangsa untuk dibawa pulang ke Indonesia. Mereka sedih dan sangat terkejut akan kejadian yang menimpa mangsa.

Kes ini amat memilukan dan mengundang simpati ramai pihak. Bukan sahaja daripada warga Indonesia, tetapi dari Malaysia sendiri.  Berita ini menjadi tular di Facebook dan juga berita tempatan. Semoga suspek segera ditangkap dan semoga urusan pengebumian mangsa berjalan lancar dan ditempatkan dikalangan orang yang beriman.

Sumber: Pelbagai sumber 

Post a Comment

0 Comments