Yahoo! Group Rasmi Tutup 15 Disember 2020, Adakah Email Yahoo Masih Boleh Digunakan?

 


Yahoo! Group ditutup secara rasmi 15 Disember 2020 ini

Verizon mengumumkan akan menutup selamanya forum online Yahoo Group mulai 15 Disember 2020 ini, bererti laman groups.yahoo.com tidak boleh diakses lagi.

Warganet juga beri respon dan banyak yang bertanya apakah penutupan Yahoo Groups akan menyebabkan akaun e-mail Yahoo Mail juga tidak dapat diakses, "Apakah @yahoomail ditutup selamanya?" tanya seorang warganet @dinesh17s yang memberi respon kepada twit dari Yahoo Finance.

Tanya warganet lain, ini yang ditutup Yahoo! Group kan? Yahoo Mail masih boleh diguna kan? 

Jadi pihak Yahoo menjawab soalan warganet yang mana penutupan Yahoo! Group ini tidak ada kena mengena dengan Yahoo Mail, Yahoo Mail masih boleh digunakan macam biasa. 

Yahoo Mail dan Yahoo! Group dua perkara berbeza, Yahoo! Group merupakan sebuah forum online atau dikenali dengan mailing list. Akan tetapi kelebihan Yahoo! Group pengguna boleh berkirim e-mail kepada yang lain dengan cepat, selain itu pengguna juga boleh berkongsi foto, pesanan dan data. 

Pengguna juga boleh melakukan polling dan mencatat kejadian di kalendar Groups, Yahoo! Group ini juga sama dengan laman sosial Facebook dan forum online Reddit.

Sementara Yahoo Mail mirip seperti Gmail bermaksud satu pesanan webmail yang boleh membuat akaun media sosial. 

Adakah Yahoo kalah persaingan bisnes? 

Verizon mengakui sejak 2017, mereka tidak ingin lagi meneruskan kerana penggunanya saban hari terus menurun.

Sejak dilancarkan pada tahun 2001, Yahoo Group telah ketinggalan dengan persaingannya seperti forum Reddit, Google Group, Facebook Group. Sejak pengumuman penutupan ini, Verizon mengatakan pengguna Yahoo Group tidak boleh membuat group baru lagi. 

Hanya pesanan email saja masih berfungsi, namun setelah 15 Disember 2020 ini semua layanan di Yahoo Group tidak akan boleh diakses lagi. 

Bagi pengguna yang masih menggunakan Yahoo Group Verizon meminta mereka memindah segala file dan mengatur dengan baik sebelum penutupan akan berlaku tidak lama lagi.

Yahoo Finance

Post a Comment

0 Comments