Anak perempuan meninggal depan mata ayah. Alfatihah

 

Kisah menyayat hati, kejadian berlaku semalam di jalan Bayan Lepas - Teluk Kumbar. Di mana si ayah menunggang sebuah motosikal dan dibonceng anak perempuannya Nooraslinda Musa 26.

Menurut laporan media, semasa mereka menaiki motosikal, datang sebuah Toyota Avanza dari arah belakang terus merempuh mereka. Motor jenis honda ex5 itu terpelanting, ayahnya terseret 5 meter dan anak perempuannya digilis dan keadaan tertiarap di atas jalan.

Nooraslinda Musa 26, mengalami kecederaan serius di kepala dan badan, dan ayahnya mengalami luka di tangan dan kaki. (Gambar) di bawah, ayah kepada anak perempuan itu sangat terkejut dengan apa yang berlaku dan hanya mampu termenung sambil terduduk melihat mayat anaknya itu. Walaubagaimanapun sebelum itu, ayahnya sempat mencari anaknya dan ingin selamatkan anaknya namun ditenangkan orang ramai supaya duduk dahulu. 

Pasukan paramedik yang tiba di tempat kejadian mengesahkan anak perempuannya itu meninggal di tempat kejadian akibat kecederaan serius di kepala. 

Pemandu toyota avanza berusia 52 tahun itu dilaporkan hanya mengalami kecederaan ringan. 

Mayat anaknya dibawa pasukan polis dan diserahkan pada pihak hospital untuk tindakan lanjut di Hospital Balik Pulau.

Kawan-kawan dan netizen arwah mengucapkan salam takziah di laman sosial.


Info penang

Post a Comment

0 Comments